Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000

Salam sejahtera buat semua.

Nokia X2-00 Combo

Dalam kesibukan persiapan terakhir sebelum bermulanya power-up di kapal untuk projek yang sedang berjalan di Singapura sekarang ni, Nokia X2-00 mengalunkan melodi tanda ada mesej yang masuk. Entah siapa pula yang menghantar mesej.

Sebelum keluar makan tengah hari tadi dapat panggilan telefon daripada rakan se-universiti yang ditawarkan bekerja di Yokogawa. Sebenarnya dia datang temuduga sekali dengan saya tidak berapa lama dahulu. Tahniah untuk Amirullah.

Sebaik dibuka mesej yang masuk sebentar tadi, terpapar di skrin seperti berikut:

RM0.Your Card
tlh berjaya dan
menangi hadiah
GRAND PRIZE.dr
Shell (M) BHD
RM20,000.00
No siri.9R 247 YK
Sila dail talian:
014-2846-268
www.promohadiah.co.cc

Ah, benda tipu rupanya. Mesej ini dihantar daripada nombor telefon +60198121485. Kalau dibuka pautan yang diberikan, akan dipaparkan laman yang meniru Shell Malaysia. Ini phishing namanya. Tapi kurang pro.

Abaikan sahaja mesej ini dan baca mesej daripada Shell seperti yang di bawah ni:

Shell Malaysia wishes to inform our valued customers, that the Shell campaign “Win up to RM60,000 Cash Weekly” which was launched on 28th June 2012, has been withdrawn with immediate effect, in line with the guideline from the Government regarding promotional activities for fuels.

Shell Malaysia

Semoga menjadi pedoman buat teman yang lain.

beliamuda: Kenapa kempen Shell tersebut ditarik balik?

191 thoughts on “Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000

  1. Hari ni, dah hujung tahun 2016 pon masih ade mesej2 menipu ni. Saya terima pukul 10 pagi tadi. Gigih btol indon2 ni ye? Ayat pon rojak. your card tlh berjaya.. suka suki campur Bi & Bm.

  2. Rm0;your card telah berjaya&memenangi hadiah GRAND PRIZE.dr shell(M) berhad RM20.000 RIBU NO SIRIAL.499C878 sila dail talian 0102580275 (disunting)
    mesej dihantar pd rabu(11jan 2017 jam 7.35am)

    • Rm0.your card telah berjaya&memenangi hadiah GRAND PRIZE.dr shell(M) berhad RM20.000 RIBU NO SIRIAL.499C878 Layari. grandprizeshell.info Call.010-2121-977 terima pd 1/09/2018 Sabtu 11:51 PG

  3. RM0. Your Card
    tlah Berjaya &
    menangi Hadiah
    GRAND PRIZE.dr
    Shell (M)Berhad
    RM,20.000.RIBU
    No.Siri:499C878
    Dail talian
    0109699455
    Layari:
    grandprizeshell.info

  4. hri ni saya dan bapa saya pe bank islm dya bilang kmi telah menang praduanni lepas tu dya suruh kmi cek akaun bank lepas tu dya bilang nnti dya call 5 minit lgi sbb dya nak call pe atasan lepas 5 minit tu dya suruh masukan 1k pe akaun kmi bru duit tu blh dpat sesiapa yg tau tolong reply dlu ni nombor kmi call tdi 0102833078

  5. RMO.Your card telah berjaya & menangi hadiah GRAND PRIZE Shell (M) Berhad RM 20.000,00 No.siri:499C878Dail:0108817929 gprizeshellmalaysia.com…<BETUL KE NI?

Leave a Reply to kosimwira Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge