Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000

Salam sejahtera buat semua.

Nokia X2-00 Combo

Dalam kesibukan persiapan terakhir sebelum bermulanya power-up di kapal untuk projek yang sedang berjalan di Singapura sekarang ni, Nokia X2-00 mengalunkan melodi tanda ada mesej yang masuk. Entah siapa pula yang menghantar mesej.

Sebelum keluar makan tengah hari tadi dapat panggilan telefon daripada rakan se-universiti yang ditawarkan bekerja di Yokogawa. Sebenarnya dia datang temuduga sekali dengan saya tidak berapa lama dahulu. Tahniah untuk Amirullah.

Sebaik dibuka mesej yang masuk sebentar tadi, terpapar di skrin seperti berikut:

RM0.Your Card
tlh berjaya dan
menangi hadiah
GRAND PRIZE.dr
Shell (M) BHD
RM20,000.00
No siri.9R 247 YK
Sila dail talian:
014-2846-268
www.promohadiah.co.cc

Ah, benda tipu rupanya. Mesej ini dihantar daripada nombor telefon +60198121485. Kalau dibuka pautan yang diberikan, akan dipaparkan laman yang meniru Shell Malaysia. Ini phishing namanya. Tapi kurang pro.

Abaikan sahaja mesej ini dan baca mesej daripada Shell seperti yang di bawah ni:

Shell Malaysia wishes to inform our valued customers, that the Shell campaign “Win up to RM60,000 Cash Weekly” which was launched on 28th June 2012, has been withdrawn with immediate effect, in line with the guideline from the Government regarding promotional activities for fuels.

Shell Malaysia

Semoga menjadi pedoman buat teman yang lain.

beliamuda: Kenapa kempen Shell tersebut ditarik balik?

170 thoughts on “Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000

  1. Salam..

    Dah banyak kali dapat sms menang RM20,000 nie…tapi cuba call juga…boleh tahan jawapan daripada number yg diberi…hakikatnya semua tipu…org-org mcm nie sebenarnya suka buang masa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge