Semakan Keputusan PMR 2011 Online Secara SMS

Salam sejahtera buat semua.

[Tarikh sebenar pengumuman keputusan PMR 2011!]

PMR 2011

Pelajar Tingkatan 3 yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 pastinya sedang berdebar kerana bermulanya minggu depan bila-bila masa sahaja tarikh rasmi pengumuman keputusan akan dibuat. Sehingga ke hari ini, masih tiada sebarang pengumuman yang dibuat oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Nampaknya, desas-desus tarikh pengumuman PMR 2011 yang dijangkakan jatuh pada 16 Disember ini kemungkinan tidak tepat sama sekali kerana kebiasaannya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menyiarkan sebaran media berkenaan tarikh keputusan PMR diumumkan seminggu sebelum tarikh pengumuman rasmi dan analisa di Putrajaya.

Khabar Angin Tarikh Pengumuman Keputusan PMR 2011

Jadi, telahan awal saya bahawa tarikh keputusan PMR 2011 akan diumumkan pada 22 atau 23 Disember adalah diantara kemungkinan yang paling tinggi. Sama-samalah kita menunggu sebarang pengumuman rasmi daripada pihak KPM. Kemungkinan 16 Disember akan menjadi hari sebagai pengumuman tarikh rasmi, bukannya hari keputusan PMR 2011 diumumkan.

Semakan Keputusan PMR 2011 Online

Saban tahun, pasti ada pelajar yang bertanya wujudkah mengenai semakan keputusan PMR secara dalam talian (baca: online). Saya dapati setakat hari ini tiada sebarang makluman rasmi dalam mana-mana pengumuman keputusan peperiksaan awam yang boleh disemak secara online melainkan peperiksaan STPM yang diletakkan dibawah Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Namun, usah gusar jika tiada sebarang semakan keputusan PMR 2011 secara online yang boleh dilakukan kerana pelajar masih mempunyai satu lagi alternatif iaitu semakan keputusan PMR 2011 secara SMS.

Semakan Keputusan PMR 2011 SMS

Berikut adalah cara untuk membuat semakan keputusan PMR 2011 secara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

Semakan Keputusan PMR 2011 secara SMS

Mengikut pengalaman semasa menggunakan servis 15888 bagi membuat semakan keputusan UPSR secara SMS tempoh hari, ianya hampir tidak berfungsi pada hari keputusan diumumkan. Namun, semakan akhirnya dapat dibuat selepas SMS sama dihantar pada keesokan harinya. Maka, bersabarlah jika tiada sebarang respon selepas SMS dihantar.

beliamuda: Kemungkinan tidak akan pernah wujud semakan keputusan PMR online sehinggalah ia dimansuhkan kelak…

Comments

45 responses to “Semakan Keputusan PMR 2011 Online Secara SMS”

  1. Anis Avatar
    Anis

    Htr sms pun xde jawapan…letih tgn, kredit habis…tp result melalui sms 1 pun x dpt jwpn….buang masa je….

  2. ercy Avatar
    ercy

    pnya pnat tekan2 nset tp 1 pn xda respon ..hrp la cgt lu2s ta mao bwt mamey cdey ,..

  3. Shied Avatar

    harap2 lulus,

  4. Shied Avatar

    lamanya tggu respon ,,,grrrrr

  5. tintaku Avatar
    tintaku

    thanks God, results dah kuar. trima kasih yg x trhingga kpd semua pihak yg t’lah mmbantu.

  6. […] Hari ini, 22 Disember 2011 menyaksikan pengumuman keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang dinantikan oleh pelajar Tingkatan 3. Pastinya ada yang telah mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing dan ada juga yang cuba mendapatkan keputusan melalui semakan secara SMS. […]

  7. madz Avatar
    madz

    he3..aku dpt 8A…

  8. […] yang telah dijangkakan sebelum ini, wujudnya masalah berkaitan dengan semakan keputusan PMR 2011 melalui mySMS terutamanya pada hari pertama keputusan diumumkan. Ada beberapa komen yang mengatakan mereka […]

  9. reyana diana Avatar
    reyana diana

    huhhhhh sor sad….kptusan x memuaskan………….
    p dun worie spm lharx penentu.

  10. reyana diana Avatar
    reyana diana

    congratzz pada yg berjaya………

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge