Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan PMR 2011

Salam sejahtera buat semua.

[Terkini] Tarikh rasmi keputusan PMR 2012!

Banner Semakan Result PMR 2011

Setelah sekian lama pelajar Tingkatan 3 menanti pengumuman tarikh rasmi bagi keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, akhirnya tarikh tersebut telah pun disiarkan. Dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan oleh KPM pada hari ini, keputusan PMR 2011 akan diumumkan pada 22 Disember 2011, Khamis seperti jangkaan awal saya.

Sebelum ini, telah terdapat sebaran surat rasmi yang diedarkan kepada Pengetua semua Sekolah Menengah di Pulau Pinang. Ianya bertarikh 15 Disember iaitu seminggu sebelum tarikh pengumuman rasmi. Cuma agak pelik sedikit apabila siaran kenyataan akhbar tidak disiarkan pada tarikh yang sama. Surat rasmi tersebut boleh rujuk di bawah.

Continue reading

Semakan Keputusan PMR 2011 Online Secara SMS

Salam sejahtera buat semua.

[Tarikh sebenar pengumuman keputusan PMR 2011!]

PMR 2011

Pelajar Tingkatan 3 yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 pastinya sedang berdebar kerana bermulanya minggu depan bila-bila masa sahaja tarikh rasmi pengumuman keputusan akan dibuat. Sehingga ke hari ini, masih tiada sebarang pengumuman yang dibuat oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).

Nampaknya, desas-desus tarikh pengumuman PMR 2011 yang dijangkakan jatuh pada 16 Disember ini kemungkinan tidak tepat sama sekali kerana kebiasaannya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menyiarkan sebaran media berkenaan tarikh keputusan PMR diumumkan seminggu sebelum tarikh pengumuman rasmi dan analisa di Putrajaya.

Continue reading