Kenapa Tidak Dapat Menyemak Keputusan PMR 2011 Melalui mySMS?

Salam sejahtera buat semua.

Result PMR 2011 SMS

Seperti yang telah dijangkakan sebelum ini, wujudnya masalah berkaitan dengan semakan keputusan PMR 2011 melalui mySMS terutamanya pada hari pertama keputusan diumumkan. Ada beberapa komen yang mengatakan mereka (merujuk kepada pelajar Tingkatan 3) tidak dapat melakukan semakan dan tiada respon yang diberikan selepas SMS dihantar.

Saya ada juga cuba menghantar SMS mengikut format yang telah dsediakan oleh mySMS dengan menggunakan maklumat palsu. Namun, respon yang diberikan ialah pihak berkenaan sedang mengalami masalah teknikal. Itupun setelah hampir sejam barulah mesej tersebut berbalas.

Sebelum ini, saya pernah juga menggunakan khidmat mySMS untuk membuat semakan keputusan UPSR 2011. Pada hari pertama tersebut, ada tiga SMS yang dihantar, namun tiada langsung respon yang diberikan. Nasib baik percubaan pada hari kedua berjaya. Saya agak, untuk kali ini, mySMS berfungsi lebih baik, walaupun bukanlah dengan memberi respon yang diingini, namun sekurang-kurangnya, ada respon yang diberikan.

Apa yang menarik perhatian saya ialah, sejauh manakah khidmat mySMS ini mampu untuk menampung permintaan yang memuncak, terutama bagi perkhidmatan seperti semakan keputusan peperiksaan awam yang pastinya klimaks adalah sebaik sahaja perkhidmatan dibuka? Adakah sistem ini dibuat hanya sekadar ada untuk menyediakan alternatif ataupun memang betul-betul untuk bertindak seperti apa yang diinginkan?

Semakan result PMR 2011 onlineSemakan keputusan PMR secara online?

Walaupun ada permintaan ramai untuk disediakan semakan secara dalam talian (baca: online), namun saya pasti ianya tidak akan dilaksanakan sekurang-kurangnya dalam masa terdekat. Kos pastinya lebih tinggi. Sedangkan mySMS yang berbayar pun tidak mampu untuk berfungsi dengan baik, inikan pula semakan online yang kos keseluruhannya langsung tidak melibatkan pengguna.

beliamuda: Ada lagi yang mengadu tidak dapat membuat semakan dengan mySMS pada hari ini. Korang tengok ranking SBP PMR 2011 lagi baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge