Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2011?

Salam sejahtera buat semua.

USPR 2011

Tidak berapa lama selepas peperiksan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 berakhir tempoh hari, saya ada menerima satu soalan berkenaan bilakah tarikh pengumuman keputusan UPSR 2011. Saya tidak sangka begitu awal sekali pertanyaan tersebut diajukan.

Saya tidak pasti siapakah yang mengajukan soalan tersebut, sama ada murid Darjah 6 ataupun orang lain yang bertanyakan tentang soalan tersebut. Mungkin sudah ada pihak cikgu yang sebenarnya tahu mengenai tarikh pengumuman keputusan UPSR 2011 nanti.

Tidak seperti tahun lalu, saya mempunyai masa dan peluang untuk mengagak tarikh pengumuman UPSR 2010. Tahun lalu, keputusan UPSR 2010 diumumkan pada 11 November 2010, pada hari Khamis. Dijangkakan, pada tahun ini keputusan turut diumumkan pada hari Khamis.

Tahun ini, adik saya turut sama menduduki UPSR 2011. Ada kisah lucu semasa dia menduduki peperiksaan tersebut. Namun bukan itu yang saya nak ceritakan kali ini. Ada satu hal yang memang sebenarnya sudah serasi dengan peperiksaan awam di Malaysia iaitu masalah kebocoran soalan dan juga jawapan!

Kebocoran Soalan dan Jawapan UPSR 2011

Selepas berakhirnya UPSR 2011 tempoh hari, saya mendengar sendiri perbualan mengenai perkara ini dalam kalangan para cikgu. Dimaklumkan, sehari sebelum pelajar menduduki UPSR, bagi sekolah/cikgu yang ada mendapat soalan atau jawapan bocor, pelajar ditahan di sekolah semata-mata untuk disuap dengan semua maklumat yang ada.

Leaking Water
[Izzi]

Kebocoran ini lebih dikatakan lebih banyak berlaku dalam kalangan cikgu yang menggubal soalan UPSR 2011. Lebih tidak enak lagi apabila dikatakan negeri yang paling ramai terdapatnya penggubal soalan, maka negeri itulah nanti akan menjadi yang terbaik dalam UPSR 2011, seperti tahun-tahun sudah. Anda boleh semak sendiri negeri manakah yang saya maksudkan.

Saya pelik. Padahal murid Darjah 6 telah pun melalui kelas tambahan yang ada sampai ke waktu malam semata-mata untuk menempuh UPSR. Namun di saat akhir, ada pula cikgu yang melakukan pengkhianatan dengan membocorkan soalan/jawapan kepada pelajar.

Pada saya, perkara ini sama sahaja dengan kes Guru Besar sekolah menghalang pelajar daripada menduduki UPSR seperti kes yang terjadi di Sarawak semata untuk mengelakkan daripada keputusan murid tersebut merosakkan prestasi keseluruhan. Selepas itu timbul lagi kes murid tidak dibenar menduduki UPSR di Baling, Kedah.

Nasiblah UPSR tidak dimansuhkan. Sangat “bertanggungjawab” sikap para cikgu yang melakukan perbuatan membocorkan soalan/jawapan tersebut. Mungkin ada yang kata, “ala, setakat UPSR je pun”. Inilah pengkhianatan terhadap pelajar sebenarnya. Mungkin lebih baik kalau kelas tambahan tidak diadakan langsung jika soalan/jawapan akan dibocorkan sebelum menduduki peperiksaan.

Jika anda juga anda mendengar atau pernah melalui kes yang serupa, kongsikan dengan kami agar lebih ramai yang sedar dan tahu akan perkara ini. Sekian.

beliamuda: Ramai yang tahu, tapi ramai juga yang tutup sebelah mata!

28 thoughts on “Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2011?

  1. As salam..saya rasa ada betulnya cakap2 sebab anak saudara saya yang bersekolah di negeri tersebut ada memberitahu saya sehari sebelum peperiksaan semua calon dikehendaki hadir untuk kelas intensif katanya dan bila tiba hari peperiksaan dia kata soalan sama macam yang cikgu bagi masa kelas intensif tu..tapi saya tak tanya pulak paper apa….

  2. Salam..

    Tak tahu la apa yg terjadi sebenarnya.. Tapi pada zaman saya dahulu, tidak ada pula kejadian cikgu bagi soalan bocor dan adakan kelas intensif pada kami. Walaupun kami berada dalam kelas terbaik sekolah, tidak ada kebocoran soalan pula pada masa tu. Dan alhamdullillah, negeri kami tetap terbaik utk keputusan peperiksaan seluruh negara pada masa tu. Tak tahu la pula kalau sekarang berbeza..

    • @Maria,

      memang dah jadi trend sekarang dimana budak-budak sudah disuruh menghafal jawapan tanpa perlu berfikir apa bentuk soalan yang akan keluar.malah ibubapa yang profesional turut mempunyai saudara-mara yang berkhidmat sebagai guru di peringkat sekolah,pejabat mahupun sebagai penanda kertas peperiksaan.seolah-olah peperiksaan UPSR sudah tidak manjadi seperti penilaian yang sebenar dalam mengukur kebolehan murid-murid dalam KBSR.serupa tak perlu diadakan UPSR, jadikan sebagai latihtubi di dalam kelas. sedangkan bagaimana soalan UPSR boleh bocor begitu sahaja seolah-olah walau ditutup macamana pun lubangnya tapi tetap ada juga jalan keluarnya. dimana letaknya kebertanggungjawaban guru pengubal soalan. apa gunanya penat-penat belajar dan diajar di maktab perguruan akhirnya tetap berlaku juga keadaan sedemikian. siapa yang harus kita persalahkan.adakah guru atau sebaliknya……

  3. Salam. Syabas pd guru2 yg membocorkn soalan sbb berjaya menambah bakal2 profesional dan semi profesional bendol dan buta hati. Sedih bila mndgr ibubapa girang mndpt tahu anaknya ‘dibantu’ bgtu, sedih mlht anak2 yg mewah ibubapanya memasuki asrama mnggunakn ‘cable’ merampas peluang anak2 cemerlang dr family kurang berada… percayalah 2020 malaysia hanya pd materialnya…. Hampas.

  4. Saya mengajar sendiri anak saya walaupun saya bukan seorang guru.Namun,apa yang mengecewakan saya selama lima tahun,anak saya pergi ke sekolah bawa beg pergi dan balik tanpa sebarang aktiviti pagi atau petang sekadar mengisi jadual persekolahan sahaja.Kebanyakan guru saya dapati membuang masa berborak di kantin sekolah,mundar-mandir ke kedai-kedai berdekatan atau pulang ke rumah.Murid-murid sekolah pergi ke sekolah dan membawa pulang kerja sekolah yang bertepek-tepek.Apabila tiba Tahun 6,baru nak start belajar.Masa selama 5 tahun itu dibazirkan begitu sahaja.Murid-murid apabila tahun 6 terpaksa belajar sehingga tidak mengenal bulan dan bintang.Sepanajng masa berada di sekolah,balik hanya nak tidur sahaja.Begitulah setiap hari.Tapi yang lebih teruk lagi,apabila tiba waktu peperiksaan UPSR,semua murid mendapat soalan bocor dari guru.Boleh dikatakan semua subjek terutamanya Bahasa Inggeris.100%.Bagi murid yang belajar dari mula masuk sekolah hingga tahun 6,ini adalah satu penipuan yang besar dan merugikan diri sendiri.Yang bodoh lagi bodoh,yang cerdik tak kemana.Ini adalah kerana cikgu-cikgu yang tidak amanah,jujur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas semata-mata memenuhi tuntutan kerja.Mereka-mereka yang melakukan kerja bodoh ini haruslah bertanggungjawab dunia dan akhirat.Tolong hentikan kerja-kerja yang tak amanah ini.Jadikanlah profesyen perguruan ini satu pekerjaan yang mulia.Jangan jadikan sifat sesetengah guru ini seperti menconteng arang ke muka sendiri.Wassalam

  5. Saya juga mendengar cerita yg sama dari kakak saya dan kawan suami…malam sebelum setiap paper, sekolah bagi soalan yg sama dgn soalan sebenar..kawan suami pulak kata pusat tuisyen juga beri soalan bocor yang sama…maka bertambahlah peratusan pelajar 5A tanpa kualiti..di tempat kerja saya sekarang,saya berhadapan dengan ramai fresh graduate with good CGPA, tapi kerja hampeh..malas berfikir dan harap kena suap..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge