Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2010

Salam sejahtera buat semua.

keputusan upsr 2010

Jika sebelum ini saya ada berteka-teki dengan pembaca (adik-adik pelajar Darjah 6 khususnya) tentang tarikh pengumuman keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010, hari ini telah diumumkan bilakah tarikh keputusan UPSR 2010.

Keputusan UPSR 2010 dijangka akan diumumkan pada 11 November 2010, iaitu pada hari Khamis minggu depan. Keputusan UPSR 2010 diumumkan awal seminggu sebelum cuti sekolah bermula mungkin kerana sebab-sebab yang telah saya nyatakan dalam entri “Bilakah tarikh keputusan UPSR 2010?”.

Tarikh pengumuman keputusan UPSR tahun ini diberitahu dalam satu kenyataan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Semua calon boleh mendapatkan keputusan UPSR di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

Pada tahun ini, seramai 494,493 calon telah menduduki UPSR di 8,192 pusat pemeriksaan di seluruh negara.

beliamuda: Selepas UPSR, adik-adik darjah enam tahun ni masih sempat lagi dengan PMR pada tahun 2013. PMR bakal dimansuh mulai 2016.

14 thoughts on “Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2010

  1. Pingback: Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2011?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge