Salam sejahtera buat semua.
Salah satu lagi ciri menarik pada HTC Desire S selain kebolehan kamera dengan sensor 5MP ialah kemampuan untuk merakam video dalam kualiti HD (720p). Dalam entri kali ini, kita akan sama-sama lihat kualiti video yang dirakam oleh HTC Desire S (dalam rakaman bukan HD dan HD).
Mengikut spesifkasi HTC Desire S, rakaman video dalam HD (720p) dirakam pada 30 fps (frame per second). Secara umumnya, antaramuka bagi kamkoder lebih kurang sama sahaja dengan antaramuka bagi kamera. Ciri utama pada tetapan bagi rakaman video untuk HTC Desire S adalah seperti berikut:
-
Tetapan image adjustment (Exposure, Contrast, Saturation dan Sharpness)
-
Tetapan white balance (Auto, Incandescent, Fluorescent, Daylight dan Cloudy).
-
Tetapan resolusi sehingga rakaman HD pada 720p (1280 x 720)
-
Tetapan rakaman tanpa audio.
-
Tetapan efek khas terbina (baca: preset) seperti Grayscale, Sepia, Negative, Solarize, Posterize dan Aqua.
Rakaman pertama yang dibuat dengan menggunakan HTC Desire S dibuat bukan dalam kualiti HD, tetapi pada 800 x 480 seperti dalam video di bawah:
Ini pula video kedua yang dirakam dalam kualiti HD namun dalam orientasi menegak. Agak ganjil kelihatan video yang dirakam tersebut.
Pelik kan kalau rakaman dilakukan dalam orientasi menegak? Di bawah ni pula adalah rakaman video dalam kualiti HD pada orientasi melintang.
Satu lagi rakaman video yang dilakukan di kawasan yang cerah untuk memastikan pengcahayaan yang cukup.
Nota: Semua rakaman video dibuat dalam tetapan asal.
Sebelum memulakan rakaman video, kamkoder akan mengunci dahulu fokus. Jadi, fokus ini tidak dapat diubah semasa rakaman sedang dijalankan. Mungkin ini bukan satu kekurangan yang besar, namun mempunyai kebolehan mengubah fokus semasa rakaman dijalankan adalah suatu ciri yang boleh membantu menghasilkan video yang baik.
Kalau anda perasan, satu kelemahan utama dalam rakaman video oleh HTC Desire S ialah kualiti audio. Bunyi bising (baca: noise) terlalu jelas dan menyebabkan kualiti audio yang tidak memuaskan. Saya tak pasti sama ada ini adalah masalah dengan mikrofon HTC Desire S atau perisian rakaman video dalam HTC Desire S.
Format video yang direkod dengan menggunakan HTC Desire S pula adalah 3gp. Agak terkejut jugak saya kerana selalunya format 3gp dikaitkan dengan kualiti yang teruk (3gp melayu yang popular tu la..). Namun, kualiti video yang diberikan sudah memuaskan, kecuali audio seperti yang dinyatakan di atas.
beliamuda: Ada banyak lagi rakaman video yang saya buat dengan menggunakan HTC Desire S. Rakaman video tersebut boleh dilihat di Youtube.
boleh tahan kualiti dia..
meleleh aku.hehe
syahrilhafiz´s last blog about ..Tips pemilihan nama domain berkesan
@syahrilhafiz, kualiti video memang terbaik, tapi audio tu yang buat nafsu terencat sikit.
nokia N8, C7, gn E7 pun buleh video HD 720…. N8 12mp, E7 n C7 8mp….. audio utk adik beradik ni besh sbb die ada 2 mic, satu mic biasa, satu lagi mic yg buleh cancel noise…. mmg terbaik la video dari nokia adik beradik ni…… mmg cantik….. tapi ape2 pun, os anroid terbaik la cmpare symbian3 utk c7, e7, n8….
@zul, format type mp4 la
@zul, yg melemahkan Nokia skg ni aku rasa sebab symbian la. degil la Nokia nak stay dengan Symbian. Aku sendiri pun mmg pengguna Nokia.
@beliamuda, yup, bg aku, symbian ni mmg leceh sikit la, x friendly gn user… cmpare anroid yg mmg besh gler… cuma, kat malaysia ni, nama nokia masih kuat lagi… tunggulah, os anroid lpas ni akan menguasai malaysia… =)
cuma aku harap lpas ni ada phone nokia yg gne os anroid dan bukannya windows mobile yg diperkatakan sblum ni…
@zul, Rasanya Nokia mcm dah plan nak guna Windows Mobile tu. Still hope Nokia akan cuba jugak guna android.
Aku pakai Iphone 4
baru sebulan.
tak berani nak compare hehehe
@Mashi, Ambil je gambar + video. Boleh la nak buat perbandingan. =)