Salam sejahtera buat semua.
Petang semalam, 28 Oktober 2011, satu lagi kejadian pokok tumbang terjadi di UTP. Kali ini, pokok yang lebih besar tumbang dan merentangi jalan yang memisahkan Village 1 dan Village 2, menyebabkan jalan tersebut terpaksa ditutup untuk laluan sehingga kerja-kerja mengalihkan pokok tersebut selesai.
Gambar di atas menunjukkan pokok tersebut yang akarnya telah terbongkah dari tanah. Telahan awal saya, pokok tersebut patah sebab kebiasaannya pokok-pokok di Village 1 patah di bahagian dahan atau batang utama. Kemungkinan gambar di atas ditangkap sebaik sahaja hujan telah reda dan dapat dilihat air masih lagi banyak bertakung.