HTC Desire S: Kualiti Gambar dengan Kamera 5MP

Salam sejahtera buat semua.

Banner Kamera HTC Desire S

Salah satu ciri yang saya nilai semasa memilh telefon bimbit untuk saya gunakan ialah kamera. Sebabnya, saya tiada kamera khas untuk digunakan bagi menangkap gambar. Jadi, sebuah henpon yang mempunyai kamera yang baik akan menjadi pilihan saya.

Sekarang ni, henpon yang mempunyai kamera 5 megapixel (MP) ke atas sudah boleh didapati pada harga dibawah RM400 (contohnya Nokia X2 yang saya gunakan). Bagi peranti HTC Desire S pula, kamera yang dilengkapi adalah 5MP dengan kebolehan autofokus (AF).

 

Ciri Kamera HTC Desire S

desires-cap74 desires-cap72

Dah cerita sikit kat atas tadi kamera yang ada pada HTC Desire S adalah 5MP. HTC Desire S juga ada satu lagi kamera di bahagian depan dengan sensor 1.3MP. Sesuai bagi orang yang selalu membuat panggilan video. Berikut adalah ciri-ciri yang ada pada kamera HTC Desire S:

  • Kamera 5MP mampu memberikan gambar pada resolusi 2592 x 1552 (widescreen) dan 2592 x 1952 (saiz foto standard)
  • LED flash dan face detection.
  • Dengan sentuhan semasa kamera diakftifkan, autofokus akan diberikan pada kawasan tersebut.
  • Untuk mengambil gambar, ada satu ikon bulat (seperti trackball) yang digunakan sebagai shutter. Tekan untuk tangkap gambar dan fokus akan disesuaikan oleh kamera.
  • Tetapan efek terbina (baca: preset) yang ada pada kamera HTC Desire S ialah Distortion, Vignette, Depth of field, Dots, Vintage, Vintage warm, Vintage cold, Grayscale, Sepia, Negative, Solarize, Posterize dan Aqua.
  • Ada tetapan manual untuk ISO pada 100, 200, 400 dan 800. Kalau tak reti guna tetapan ISO, letak je pada auto. Pandai-pandai la kamera ni tetapkan sendiri.

HTC Desire S all mode photo

Cuba padankan efek terbina HTC Desire S dengan gambar-gambar di atas

Apa yang kurang menarik pada HTC Desire S ialah tiada butang khas bagi kamera. Gambar hanya boleh ditangkap dengan menyentuh pada skrin. Dalam keadaan tertentu (macam camwhoring), payah sikit untuk kita tangkap gambar. Tapi boleh je kalau nak guna kamera depan tu sebagai ganti. Cuma kualiti kamera depan jauh lebih rendah je la.

 

Gambar yang ditangkap dengan HTC Desire S

Bagi saya, kualiti gambar yang ditangkap dengan menggunakan kamera HTC Desire S adalah baik. Setiap gambar yang ditangkap dengan resolusi paling tinggi akan disimpan dalam saiz sekitar 800KB – 1MB. Jom tengok beberapa siri gambar yang saya ambil dengan menggunakan HTC Desire S.

Nota: Semua gambar dimuat naik terus tanpa sebarang suntingan dilakukan.

Tasik UTP

Gambar di Tasik UTP yang ditangkap sekitar pukul 9 pagi. Matahari baru naik.

Air teh di Motor Air teh di Motor

Dua gambar pada dalam situasi yang sama tetapi pada fokus yang berbeza

Khairul Anuar Hensem

Potret Khairul Anuar, ditangkap dalam keadaan pengcahayaan yang rendah dan tanpa flash (mode power saving)

 

Nendoroid

Nendoroid kepunyaan Shamsul a.k.a Supel

Close-up Nendoroid

Gambar close-up Nendoroid Supel dengan fokus pada bahagian kepala

Nash dengan Tasneem Tripod DSLR Tasneem

Lagi gambar yang ditangkap dengan HTC Desire S

Cameraman CPL 2011 Dalam ETS

Dua gambar yang ditangkap dengan menggunakan kamera depan HTC Desire S

 

Galeri Foto HTC Desire

desires-cap63 desires-cap64

Seperti yang dipaparkan dalam gambar di atas dan di bawah ialah galeri gambar yang diambil dengan menggunakan HTC Desire S. Paparan galeri berbeza mengikut orientasi semasa peranti HTC Desire S dipegang, sama ada menegak atau melintang. Ada ikon khas untuk perkongsian seperti bluetooth, Facebook, Flickr dan lain-lain. Fungsi copy, cut dan paste tiada dalam paparan galeri ni.

desires-cap65 desires-cap66

Fungsi suntingan biasa juga turut disediakan dalam paparan galeri seperti crop, rotate dan beberapa kesan khas (efek).

desires-cap67 desires-cap68

 

beliamuda: Walaupun kualiti gambar yang diambil dengan HTC Desire S sudah mencapai tahap yang baik, namun tanpa butang khas untuk kamera, fungsi kamera tidak dapat digunakan ke tahap yang maksimum terutama bagi saya yang memang selalu bergantung pada kamera henpon untuk menangkap gambar.

11 thoughts on “HTC Desire S: Kualiti Gambar dengan Kamera 5MP

  1. actually cameras on htc phones, (i’ve used aria, hd2 and desire z) the camera are fast and work well in low-light condition. ­čÖé
    Nasuha┬┤s last blog about ..Random 2My Profile

  2. Pingback: HTC Desire S: Merakam Video dalam kualiti HD 720p | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge