Finale Cinta Kantoi Edisi 2.0: Beraksi Dalam Rakaman Video

Salam sejahtera buat semua.

Nuar Vanggey SII

Kembali lagi kita dalam Cinta Kantoi Edisi 2.0. Kini kita sudah berada di finale bagi edisi kali ini. Korang dah melawat minisite Samsung Galaxy SII yang saya kongsikan dalam dua entri Cinta Kantoi Edisi 2.0 sebelum ini? Kalau belum, jangan segan-segan untuk ke sana.

Seperti yang ditulis dalam entri kedua Cinta Kantoi Edisi 2.0 sebelum ini, korang boleh berinteraksi dengan video yang memaparkan aksi pengguna-pengguna Samsung Galaxy SII dengan gajet masing-masing.

Continue reading

Sambungan Cinta Kantoi Edisi 2.0: Jom Berinteraksi!

Salam sejahtera buat semua.

Samsung Galaxy SII Minisite

Entah apa mimpi penaberkala bermadah puisi tempoh hari dalam Cinta Kantoi Edisi 2.0? Nak tahu kenapa? Sebab dia dapat awek baru la. Awek bukan sebarang awek. Smartphone Samsung Galaxy SII tu! Ini memang buat saya jeles… >_<

Ingat lagi pesanan terakhir kat bawah entri tu? “Ada video kejutan khas dalam minisite tersebut. Itupun kalau korang dapat jumpa. Hehe… ^_^v

Kalau ada yang membaca pesanan terakhir tu, korang paling kurang pun mesti tengok video-video yang ada kat situ kan? Ada jumpa video yang dimaksudkan tu tak? Kalau belum lagi, mari saya ajar cara-cara untuk berinteraksi dengan video-video di minisite tersebut.

Continue reading

Kisah Cinta Kantoi Edisi 2.0: SII

Salam sejahtera buat semua.

Skandal Khairul Anuar

Alamak! Aku terkantoi lagi

Aku ingat dulu dah serik bila terkantoi sekali
Rupanya tidak
Dulu di blog je, tapi kini rupanya teruk lagi
Habis kantoi di Facebook, Twitter dan Youtube sekali

KANTOI 2.0

Masihkah kau ingat
Tanggal 5 September 2011
Bila kami sekeluarga datang merisik
Untuk menyunting yang terbaik
Antara yang ada engkaulah paling menarik
Cukup sifat, serba boleh, slim dan cantik Continue reading

Video Ayam KFC Tapak Kasut: Respon Pengarah KFC Malaysia

Salam sejahtera buat semua.

Hidangan KFC Malaysia

Sebelum ini pihak KFC Malaysia telah menyiarkan satu pengumuman sebagai respon kepada penyebaran video ayam KFC tapak kasut. Tidak cukup dengan itu, satu lagi respon video daripada Mohammad Alwi, Pengarah Bahagian Operasi Restoran KFC Malaysia turut dibuat pada hari ini.

Dalam video tersebut, beliau menyatakan kekesalan di atas kejadian yang berlaku iaitu kejadian pekerja KFC merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan. Namun, tiada permohonan maaf secara terbuka yang dinyatakan padahal inilah yang diingini oleh para pelanggan KFC.

Video respon oleh Pengarah KFC Malaysia terbabit boleh ditonton dalam video di bawah.

Continue reading