Menikmati Matahari Terbenam di Marina Island, Lumut

Salam sejahtera buat semua.

Menikmati Sunset di Marina Island
Tempat letak parking di Marina Bay, percuma untuk tiga jam pertama

Pengalaman kali pertama menikmati pemandangan matahari terbenam akhirnya tercapai jua walaupun ianya tidak dirancang pun sebenarnya. Perjalanan yang sekadar ingin mengenal jalan disekitar Lumut kemudian bertukar menjadi satu pengalaman indah bersama dengan rakan-rakan.

Kebetulan pada waktu tersebut, kami baru sahaja tiba di kawasan Marina Island sebuah pulau buatan manusia di Teluk Muruh, Lumut, Perak. Marina Island berhadapan dengan Pulau Pangkor dan Pangkor Laut. Ada perkhidmatan ke Pulau Pangkor yang disediakan melalui pulau buatan ini.

Jom tengok gambar-gambar di bawah, antara yang sempat saya rakamkan semasa berada di sana sehingga matahari terbenam sepenuhnya sebelum beredar ke bandar Lumut untuk solat Maghrib.

Continue reading

Video Selepas Kemalangan di Jalan Lahat – Pengkalan

Salam sejahtera buat semua.

Semasa dalam perjalanan ke Station 18, Pengkalan semalam, kami telah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang bermula dari persimpangan lampu isyarat Lahat menghala ke Pengkalan. Kebiasaannya, tak pernah terjadi kesesakan macam tu walaupun jalan di situ hanya satu lorong dan agak sibuk.

Rupa-rupanya terdapat satu kemalangan yang terjadi sebelum flyover berdekatan dengan Stesen KTM Lahat. Kemungkinan kemalangan berlaku sekitar pukul 2.30 petang dan terdapat pihak polis yang mengawal lalu lintas kerana laluan menghala ke Lahat telah terhalang.

Continue reading

Mumble-less Monday #13: Air Mineral Mahal

Salam sejahtera buat semua.

Air mineral mahal

Masa keluar ke Ipoh dengan kawan-kawan iaitu di Kinta City tempoh hari, kami ada membeli air mineral. Disebabkan malas sangat nak masuk dalam kawasan membeli-belah Jaya Jusco semata-mata untuk beli air mineral, maka kami cari sahaja mana-mana kedai yang ada jual air mineral.

Punya la hampeh bila saya seorang je yang terbeli air mineral di Big Apple yang berharga RM3.20 sebotol. Yang lain semuanya tunggu saya bayar dahulu. Lepas tu diorang beli air mineral lain yang harga untuk dua botol adalah RM3.20. Dah la sebotol yang saya punya tu cuma 500 ml sedangkan botol yang dua lagi tu adalah 600 ml setiap satunya.

Continue reading

Melangkah ke Semester Terakhir di UTP

Salam sejahtera buat semua.

Operation Management Textbook

Menulis mengenai sesuatu di awal permulaan semester bukanlah menjadi tradisi bagi saya. Namun, kali ini saya nukilkan juga di sini. Barangkali mungkin kerana ianya adalah semester terakhir pengajian saya di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).

Mengimbau kembali kemasukan saya ke UTP sejak bulan Januari 2007 beberapa hari selepas saya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-18, dirasakan apa yang telah dilalui selama berada di sini terlalu cepat berlalu. Inilah tahun kelima berada di UTP dan mungkin genap lima tahun saya berada di sini apabila tamat pengajian di pertengahan bulan Januari 2012.

Continue reading