Twitpic Sepanjang Minggu #4

Salam sejahtera buat semua.

Nampaknya kompilasi gambar Twitpic kali ini tidak sebanyak sesi yang sebelum ni. Maknanya, apa yang terjadi sepanjang minggu ni agak mendatar dan rutin biasa sahaja. Cuma dihiasi dengan beberapa majlis dan aktiviti yang sedikit berlainan sahaja. Lawati kompilasi Twitpic #3 yang sangat banyak gambarnya.

Say hi to @penaberkala n @Muzek1056 on Twitpic Lab PLC using comsole n Omron. #fb on Twitpic

Seperti biasa, hari Isnin yang menjelma dengan masing-masing tanpa semangat yang tinggi. Boleh tengok muka mengantuk pada muka kawan-kawan yang hadir. Kali ini, kami pelajar Process Control telah beralih ke lab Programmable Logic Control (PLC) untuk subjek IACS. Benda baru yang sangat menarik. Semuanya pasal logik. Lepas ni akan belajar menggunakan perisian untuk memprogramkan satu siri aksi mudah.

Sedikit selingan dengan video buat sengal masa lab PLC, sehingga terkantoi sedikit dengan Abang GA (baca: Graduate Assistant).

Akhirnya test Malaysian Studies menjengah jua

Setelah test Malaysian Studies ni ditangguh sejak dua minggu lalu, akhirnya diadakan jua. Sungguh banyak karenah Malaysian Studies ni. Nak baca buku yang dialih bahasa daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris ni memang tak bestt langsung. Banyak kesilapan suntingan yang terlepas pandang. Tak standard langsung!

Pengulit tidur yg baik. on Twitpic Amik test MS dengan serius. #fb on Twitpic

Perasan tak sepanjang saya Twitpic, tak pernah ada satu pun gambar saya. Kali ni ada satu. Botak! Gambar diambil selepas test MS dan kemudian kami beredar ke kedai makan CJ Kitchen (nama macam gelaran batch kami – CJ7).

1 and 2 and 3. Me? #fb on Twitpic CJ kitchen. #fb on Twitpic

Satu lagi benda pasal MS yang buat pelajar marah. Tiba-tiba je kena pergi debate Rector Cup. Dah habis tu untuk sign kehadiran pulak kalut. Kan bagus kalau tengah-tengah majlis tu dah edar? Kalau tak nak edar pun, buat la cara senang sikit nak sign. Ni kumpul je semua batch dekat-dekat. Memang serabut la nak sign!

Kita bakor je! #fb on Twitpic

Panorama di UTP

Sepanjang minggu lalu, saya sempat menangkap tiga gambar pemandangan yang dirakam sekitar Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Gambar panorama ini diambil kebetulan lalu dikawasan tersebut. Banyak lagi akan datang. Gambar di IRC UTP pun dah ada sebelum ni.

Village 3, Asrama Lelaki. on Twitpic Pemandangan di blok 21. on Twitpic Dari rooftop blok 21. on Twitpic

Iklan: Cara-cara permohonan kemasukan ke UTP

Mulai minggu ni, perasan ada satu kotak disediakan khas untuk undian bagi Malam Anugerah Kolej Kediaman (MAKK) UTP bagi tahun ni. Kotak undian ni dirakam di café V4, semasa kami singgah untuk lunch di café Anjung Rawa yang katanya ramai nak boikot. Nama jackiekoh pun ada kat kotak ni sebagai salah seorang calon.

Jom mengundi untuk MAKK. on Twitpic Nama @jackiekoh pun ada. on Twitpic

Final Malam Inspirasi Seni (MIS) H4I 2011

Pada hari Sabtu sebelah malamnya telah berlangsung pusingan akhir Malam Inspirasi Seni (MIS) sempena Heart for Islam (H4I) 2011. Malam tadi juga diadakan penutup H4I 2011.

Promo final MIS, malam esok. #fb on Twitpic HICOM H4I 2011. #fb on Twitpic

Stage final MIS, H4I 2011. #fb on Twitpic Nak sign @muadzul! #fb on Twitpic

Saya tidak tunggu sehingga habis majlis. Sebaik sahaja Mu’adz menghabiskan persembahan yang bertenaga dengan vokal dia yang power, kami terus pulang. Khabarnya, All For Ummah (AFU) menang kali ni. Rakan-rakan boleh kongsi kedudukan peserta yang lain (In-Saff, SIFU dan Mujahideen)?

Lain-lain

Malas nak tulis dah… >_<

Kumpul sampai utk alam sekitar. #fb on Twitpic Sampah yang banyak! on Twitpic Siapa pernah guna Titanium IS? on Twitpic

beliamuda: Tweet mostly about myself and personal stuff + anything interesting found online. Also a full time student and a part time blogger. UTPian~ [@beliamuda]

3 thoughts on “Twitpic Sepanjang Minggu #4

  1. Pingback: Twitpic Sepanjang Minggu #5 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge