Semakan Keputusan SPM 2010 Online

Salam sejahtera buat semua.

Semakan SPM 2010 melalui SMS

Walaupun dah berkali-kali diberitahu adalah mustahil untuk keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disemak secara dalam talian (baca: online) buat masa ni, masih ada yang cuba mencari cara untuk membuat semakan keputusan SPM 2010 secara online.

Antara semua peperiksaan awam di Malaysia, hanya Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sahaja yang boleh dilakukan semakan  keputusan secara online.Untuk makluman, hanya STPM sahaja yang berada di bawah satu pengurusan bahagian yang berbeza (bukan Lembaga Peperiksaan Malaysia – LPM) dengan peperiksaan awam yang lain (UPSR, PMR, SPM, SPMU dan STAM).

Perbezaan telah diperkenalkan tahun ini bagi SPM 2010 apabila sistem semakan keputusan SPM secara SMS diperkenalkan. Mungkin sistem ini masih kurang memuaskan seperti mesej lambat dibalas, tiada respon dan kesilapan dalam jawapan balas yang diberikan. Apapun, ini satu pembaharuan yang bagus.

Jadi, perlukah diwujudkan sistem semakan keputusan SPM 2010 secara online sebagai salah satu alternatif?

beliamuda: Generasi apakah sekarang ini yang sedang berada di bangku sekolah? Gen-Y atau Gen-Z?

2 thoughts on “Semakan Keputusan SPM 2010 Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge