Salam sejahtera buat semua.
Pantas sungguh seminggu berlalu. Rasa macam baru sahaja sibuk dengan entri Twitpic Sepanjang Minggu #2. Kalau berminat nak tengok apa yang ada di sana, jangan ragu-ragu untuk klik.
Sebelum berakhirnya minggu lalu, saya mengesan satu gambar ekslusif tidak muncul di twitpic mahupun twitter saya walaupun gambar tersebut berjaya di hantar. Gambar apa lagi kalau bukan aksi ekslusif penaberkala!
Isnin Datang Lagi!
Bila hari Isnin datang lagi, rutin yang sama akan bermula semula. Baru je lepas bercuti mid-sem, makanya mood tu masih lagi kurang. Sekurang-kurangnya Khairul Anuar a.k.a Penaberkala sedikit menceriakan dengan gelagatnya semasa dalam perjalanan ke kelas.
Lama tunggu dia turun ke bawah untuk ke kelas, sempat tangkap satu gambar. Dalam perjalanan tu, entah macam mana dia boleh terkuis spek matanya sehingga terjatuh dan tercampak ke dalam longkang. Dalam jugak longkang tu. Lokasi berdekatan Poket D.
Sebelah petang Isnin tu perlu meluangkan masa di lab sampai pukul 5 petang dan kebetulan ada pasar malam di V4, makanya itulah destinasi yang dituju. Agak awal tiba di sana, terutama untuk membeli nasi kerabu yang pada masa itu baru sahaja dibuka gerainya. Jadi sempatlah tangkap gambar sekeping dua.
Karnival Buku di Poket D
Pada 15-17 Mac yang lalu, satu karnival buku telah diadakan di Poket D anjuran FIRC kalau tak salah saya. Saya hanya tengok sekali pandang sahaja gerai-gerai yang berada di bawah kanopi dan menjenguk di bahagian pameran fotografi (banyak foto yang diambil rakan saya dipamerkan dan gambar Hazwan Arif juga ada) serta sebuah bilik khas untuk koperasi DBP.
Buku-buku yang lebih menarik ada di sini. Sasaran saya hanya satu di sana iaitu novel Interlok yang mencetuskan kontroversi tu. Akhirnya, boleh juga saya habiskan pembacaan novel ni.
Tronoh Theatre Shop (TTS) juga ada mengadakan persembahanan di depan UTP Gallery buat kanak-kanak sekolah yang datang berkunjung. Abang dan kakak pun nampaknya berminat juga melihat gelagat persembahan ala-ala Wonderpets.
Tugasan Akademik Secara Berkumpulan
Seperti biasa, projek Plant Design unutk Final Year Design Project (FYDP) perlu diteruskan. Kali ini sudah berada di energy balance, namun tahap kesukaran nampaknya semakin tinggi. Prof Khairun pulak dah minta untuk present kepada dia pada hari Rabu minggu in. Banyak masa diluangkan untuk selesaikan tugasan kali ini.
Satu lagi tugasan menarik dalam minggu ini yang baru sahaja disudahkan ialah penghasilan video untuk subjek IACS. Sempat melihat proses pengambaran oleh rakan-rakan di blok 23.
Komplikasi Gambar di Bilik
Masa berada di bilik pun, tangan tak lepas unutk menangkap mana-mana gambar yang menarik. Ada gelagat rumet yang menghiburkan dan situasi yang biasa dilihat dalam sebuah bilik lelaki bujang.
Prelim Malam Inspirasi Seni (MIS) H4I 2011, UTP
Pada Jumaat malam, saya dan rakan-rakan meluangkan masa untuk ke pertandingan nasyid prelim MIS untuk Heart 4 Islam (H4I) 2011. Kebetulan ada rakan-rakan lain yang turut serta bertanding, ada juga sekadar untuk memeriahkan malam pertandingan.
Dua rakan yang datang dengan saya semangat dengan berbaju Melayu, nasib baik tidak disalah anggap sebagai peserta!
Berbadminton di Hujung Minggu
Setelah lama tidak bermain badminton atas sebab-sebab yang pelbagai, akhirnya sempat juga meluangkan masa bermain badminton di hujung minggu. Sakit juga tangan ni sebab dah lama sangat tak main. Tu pun tak main lama-lama seperti zaman muda dulu-dulu. 😀
Hikayat Merong Mahawangsa dan Jualan Murah di Jaya Jusco Ipoh
Salah satu perancangan hujung minggu kali ni ialah menonton wayang – Hikayat Merong Mahawangsa. Disebabkan terpergi awal, maka sempat meluangkan masa melakukan aktiviti yang tidak dirancang.
Kebetulan ada jualan murah di Jaya Jusco (AEON) Ipoh, maka ambil sahaja peluang ini untuk membeli apa yang telah ditangguhkan sekian lama. Dapat juga menggantikan kasut yang dipakai sekarang ni dengan yang baru. Jualan murah di sana akan berlangsung sehingga 3 April 2011.
“Jaga Hatiku”
beliamuda: Hargailah apa yang ada. Putus akal nak sudahkan entri yang sepanjang ini lagi bercampur baur. Maaf. -_-“
Pingback: Twitpic Sepanjang Minggu #4 | beliamuda {dot} com