Sekian Lama

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat semua.

Sudah lama tidak menulis di sini. Entri terakhir ditulis adalah pada tahun 2016. Banyak yang telah berubah. Bukan setakat di sini sahaja, tapi semua laman sosial saya telah menjadi kurang aktif.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Muhammad Hanifi (@beliamuda) on

Gambar di atas yang merupakan hantaran terbaru saya di Instagram setelah…


Begitulah, tulisan di atas tamat disitu tanpa saya ingati apakah sebenarnya yang ingin ditulis sejak tahun 2020. Kini sudah 2025 dan saya masih lagi mengekalkan blog ini walaupun sudah tidak lagi aktif menulis. Lapan tahun lamanya sejak kali terakhir menulis.

Mungkinkah blog ini akan kembali aktif semula? Sejak akhir tahun lalu, semangat untuk menulis semula telah kembali semula. Mungkin juga kerana keadaan pekerjaan sekarang yang sudah tidak lagi memerlukan saya outstation.

Kita tengok dululah macam mana perkembangan selepas ini…

beliamuda: ada terdetik nak menulis di tahun 2020 tu pun mungkin sebab WFH di zaman Covid.

Bersua Muka Dengan @TianChad, Namun Tidak Bertegur Sapa

Salam sejahtera buat semua.

Pusat Perodua Servis Lahat Ipoh

Siapa sangka di Pusat Servis Perodua Bukit Puchong pada Sabtu yang lalu, saya telah bersua muka dengan seorang blogger yang saya kenali sebagai salah seorang Maxis10 Reviewers untuk HTC Desire S. Walaupun kami telah bersua muka, saya tidak sempat untuk menegur beliau.

Pada pagi Sabtu tersebut, saya telah membuat tempahan untuk melakukan servis berkala pada Perodua Viva. Tempahan telah dibuat pada pukul 9.30 pagi. Agak lama juga masa menunggu disebabkan ramai lagi pengguna lain yang telah berada di situ. Nasib baik saya telah membuat tempahan lebih awal.

Continue reading