Blogger kalampatah a.k.a @HazwanArif Kemalangan, Patah Tulang Paha

Salam sejahtera buat semua.

Hazwan Arif terlantar di hospital

Entri ini ditulis khas buat rakan-rakan blogger yang mengenali kalampatah ataupun @HazwanArif di twitter. Untuk makluman, beliau dan tiga lagi rakan saya yang lain telah terlibat dalam kemalangan di Jalan Gua Musang-Lojing sekitar pukul 11.30 pagi.

Pemandu dan seorang rakan yang berada di sebelah kanan kereta hanya mengalami luka ringan. Seorang penumpang yang berada di depan, Khairul Hakimi mati akibat tersepit di bahagian dada dan Hazwan Arif yang berada di belakang mengalami patah paha kaki kanan. Bahagian mata kirinya juga perlu dijahit akibat luka di bahagian atas dan bawah.

 

GUA MUSANG: Seorang penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh, Perak, maut, manakala seorang lagi cedera parah, dan tiga yang lain mengalami kecederaan ringan selepas dua kereta bertembung dalam satu kemalangan di Kilometer 48, Jalan Gua Musang-Lojing, pagi ini.

Pelajar UTP maut kereta dinaiki bertembung di Gua Musang

Anda boleh juga rujuk UTP Daily untuk laporan berita mengenai kemalangan tersebut.

Saya dan tiga rakan yang lain juga dalam perjalanan pulang. Kami menghala ke Kelantan. Mereka menghala ke Terengganu. Saya dapat tahu mengenai kemalangan tersebut semasa kami baru sahaja bertolak pulang dari UTP sekitar pukul 12.30.

Seorang rakan yang lain berpesan agar kami berhati-hati dalam nada yang berlainan seperti biasa sebelum memaklumkan hal sebenar. Keempat-empat rakan yang menaiki kereta yang kemalangan tersebut adalah satu batch dengan saya, Jan 07.

Hazwan Arif terlantar di hospital

Saya sempat melawat Hazwan di Hospital Kuala Krai setelah dipindahkan dari Hospital Gua Musang. Semasa kami di sana, dia tidak sedarkan. Kami sempat berjumpa dengan abang beliau. Katanya, Hazwan akan dipindahkan ke Hospital Kuala Terengganu untuk memudahkan urusan keluarga mereka.

beliamuda: Doakan Hazwan Arif cepat sembuh dan diberikan kekuatan. Al-Fatihah buat Khairul Hakimi @ Kero Kimi yang meninggal dunia dalam kemalangan ni.

Comments

13 responses to “Blogger kalampatah a.k.a @HazwanArif Kemalangan, Patah Tulang Paha”

  1. Ibnu Jamaluddin Avatar

    Innalillahi wa innailaihiraji’uun…

    Selamat sejahtera ya sobat, selamat-selamat dikau di sana…
    Puisi buat Khairul Hakimi, sebuah puisi yang biasa sahaja…

    Ayuhai,
    Jiwa yang terbang,
    Pergilah dikau,
    Menemui kasih yang zati,
    Sejahteralah…

    Ini lambaian terakhir dari kami…

    Kami tak tahu esok kami,
    Tapi dikau telah tahu esokmu,
    Bahagialah sobat, bahagialah…

    Ayuhai,
    Atma yang dirangkul Tuhan,
    Dalam kehijauan untaian yang dihulur,
    Kau berangkat dari sini,
    Tinggalkan kami,
    Menunggu,
    Masa kami…

    Dalam pergimu,
    Kau paling tampangmu ke belakang,
    Kau tinggalkan…
    Dengan sebuah kuntum senyuman manis.

    Itu lambaian akhirmu untuk kami…

    Ayuhai sobat,
    Sejahteralah dikau,
    Petang ini mengalirlah tangis dari sorga,
    Menyambut kedatanganmu…

    Selamat-selamat duhai sobat…

  2. hana Avatar

    innalillah…
    semoga hakimi d tmpatkn bersame2 dgn orang yg soleh..
    moge hazwan cepat sembuh..
    ameen…

  3. Mus Avatar

    takziah kepada keluarga yang terlibat..

  4. Asha Avatar
    Asha

    Innalillahi wa innailaihiraji’uun.

    Semoga arwah ditempatkan antara kalangan orang yang beriman. Amin. Kepada yang di hospital itu, saya doakan mereka cepat sembuh, insha’allah. Kuatkan semangat dan terus berjuang.

  5. ikin Avatar

    Semoga cepat sembuh, encik KP. Kalau nak cepat baik, ikut cakap dokter..(kalo dokter kata jangan jejak tanah sampai 2 bulan, ikut jelah).. mintalah sahabat2 dan saudara-mara terdekat solat hajat dan mendoakan.. (roommate saya dulu eksiden patah 8 tulang dan alhamdulillah dalam masa tak sampai 10 bulan dah boleh berjalan tanpa tongkat).

    Be strong, KP!

  6. TenangSudey Avatar

    moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. amiin

    1. beliamuda Avatar

      @TenangSudey, amin.

  7. dah knal kan? Avatar
    dah knal kan?

    takziah.moga yau cepat sembuh…

    1. beliamuda Avatar

      @dah knal kan?, jadi molek mung! haha.. dah kenal!

  8. ahmadhaikal Avatar

    semoga hazwan cepat sembuh.

  9. topo Avatar

    hmmm al fatihah semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

    semoga saudara HAzwan Arif dan lain2 cepat sembuh.. amin

  10. eyra Avatar

    alfatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge