Blogger kalampatah a.k.a @HazwanArif Kemalangan, Patah Tulang Paha

Salam sejahtera buat semua.

Hazwan Arif terlantar di hospital

Entri ini ditulis khas buat rakan-rakan blogger yang mengenali kalampatah ataupun @HazwanArif di twitter. Untuk makluman, beliau dan tiga lagi rakan saya yang lain telah terlibat dalam kemalangan di Jalan Gua Musang-Lojing sekitar pukul 11.30 pagi.

Pemandu dan seorang rakan yang berada di sebelah kanan kereta hanya mengalami luka ringan. Seorang penumpang yang berada di depan, Khairul Hakimi mati akibat tersepit di bahagian dada dan Hazwan Arif yang berada di belakang mengalami patah paha kaki kanan. Bahagian mata kirinya juga perlu dijahit akibat luka di bahagian atas dan bawah.

Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Galas (N45)

Salam sejahtera buat semua.

Hari ini, dua Pilihan Raya Kecil (PRK) berjalan serentak di dua kawasan berbeza. Satu Pilihan Raya Kecil peringkat Dewan Undagan Negeri (DUN) di DUN Galas, Gua Musang, Kelantan dan Pilihan Raya Kecil peringkat Parlimen di Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Info Pilihan Raya Kecil DUN Galas:

PRK DUN N.45 Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Y.B Encik Chek Hashim Bin Sulaima pada 27 September 2010.

Daftar Pemilih yang digunakan ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) yang telah dikemaskini sehingga 27 September 2010. Pecahan daftar pemilih di DUN Galas adalah seperti berikut:

Continue reading

Calon-calon PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi

Salam sejahtera buat semua.

prk galas dan batu sapi

Gambar daripada Malaysiakini

Berlalunya 26 Oktober 2010 menandakan berakhirnya hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi. Kedua-duanya dikatakan berjalan lancar dengan kehadiran ribuan penyokong daripada parti-parti politik yang bertanding.

Continue reading

Hari Penamaan Calon Galas dan Batu Sapi

Salam sejahtera buat semua.

Bahang pilihan raya kecil (PRK) Galas dan Batu Sapi semakin terasa. Beberapa hari lalu, parti-parti yang bakal bertandang telah memperkenalkan calon masing-masing untuk dipertandingkan bagi kerusi yang kosong di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Hari ini, 26 Oktober 2010, tibalah hari bagi penamaan calon seperti yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pastinya keadaan di kawasan penamaan calon semakin panas dan meriah.

Continue reading