Kredit Celcom Lesap Secara Tiba-Tiba

Salam sejahtera buat semua.

Celcom Xpax

Dalam entri Twitpic Minggu Ini #1, saya ada menyebut di penghujung entri tentang sebuah insiden yang memilukan yang terjadi semasa dalam proses awal saya berjinak-jinak dengan twitpic. Dinyatakan juga, rakan-rakan di twitter pasti sudah tahu apakah insiden yang dimaksudkan.

Sebelum saya ceritakan insiden apakah yang terjadi tu, terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan yang memberi respon di twitter dan FB beliamuda. Respon korang sedikit sebanyak memudahkan saya dalam proses memahami apakah isu-isu yang menyebabkan kredit boleh hilang secara tiba-tiba.

Kredit Celcom tiba-tiba lesap

Bayangkan, apakah reaksi korang apabila kredit hp (Maxis, Celcom, Digi atau telco lain) tiba-tiba habis, tapi tak seberapa lama sebelum tu korang check kredit masih lagi ada. Mesti terkejut dan melenting jugak kan?

Itulah insiden yang terjadi kepada saya. Kredit yang pada awalnya ada sekitar RM14 tiba-tiba sahaja bertukar menjadi 14 sen. Rasa macam kena songlap kredit pun ada. Nasib baik saya boleh topup terus kredit Celcom saya tu. Jadi, saya tambah lagi RM20. RM20 tersebut pula berkurang kepada RM11. Maknanya, ada lagi RM9 hilang secara tiba-tiba.

 

Hubungi Celcom Customer Service untuk penjelasan

Selepas meminta pandangan daripada rakan-rakan di alam maya dan carian di Google, saya menghubungi pihak Celcom Customer Service untuk meminta penjelasan lanjut mengenai masalah yang sedang saya hadapi. Nasib baik nak call Celcom dengan dail 1111 tu free je.

Percubaan pertama gagal apabila tidak dapat disambung kepada operator. Nasib baik cubaan kedua terus berjaya. Saya dapat berhubung dengan operator yang bertugas.

Operator Celcom: Boleh saya tahu saya cakap dengan siapa? Boleh saya bantu?

saya: [Memperkenalkan diri dan menceritakan masalah yang dihadapi]

Operator Celcom: Saya nak mengesahkan dahulu nombor yang encik pakai. Minta nombor IC dan alamat rumah.

saya: [Mengesahkan nombor telefon, nombor IC dan alamat rumah]

Operator Celcom: Perkara terakhir yang encik lakukan sebelum tu adalah Web Browsing.

saya: [Terus mencelah, terkedu dan menafikan]

Nota: Perbualan diubahsuai mengikut kesesuaian, tetapi masih membawa mesej yang sama

Penjelasan keadaan sebenar

Saya menyemak nilai baki kredit saya semasa saya sedang menghantar MMS ke emel twitpic. Masa tu, MMS tidak dapat dihantar dan asyik pending. Indikasi di paparan Nokia X2-00 menunjukkan sambungan ke WAP terus terbuka dan terdapat pemindahan data yang berjalan secara berterusan (melebihi saiz MMS yang dihantar).

Nokia X2-00

Menurut operator Celcom yang bercakap dengan saya, sebuah MMS tidak boleh melebihi saiz 100KB (saiz MMS yang saya hantar masa tu sekitar 120KB). Apabila sebuah MMS melebihi 100KB dihantar, kadar caj sambungan ke WAP akan dikenakan berbanding kadar caj MMS pada 20 sen sahaja.

Turut dijelaskan, apabila sebuah MMS melebihi saiz 100KB, kemungkinan MMS tidak dapat dihantar dengan jayanya dan menyebabkan proses penghantaran terus berulang (mengikut tetapan hp) sehinggalah kredit anda habis! Solusi yang diberitahu adalah mematikan hp dan menghidupkannya semula selepas membatalkan penghantaran MMS tadi.

 

Isu lain yang menyebabkan kredit habis tanpa pengetahuan

Antara sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan kredit anda hilang tanpa disedari:

  • Anda telah didaftarkan untuk servis berbayar SMS tanpa pengetahuan anda atau kesilapan mendaftar secara tidak sengaja
  • Aplikasi dalam hp (terutama smartphones) yang memerlukan sambungan Internet setiap masa, maka caj akan dikenakan setiap kali anda dihubungkan.
  • Kecurian kredit melalui hacking (saya tidak tahu bagaimakah atau bolehkah cara ini dilakukan)

Kesimpulannya, kalau ada yang kena masalah macam ni, cuba siasat dulu. Hubungi customer service telco tersebut dan minta penjelasan. Kalau anda masih tidak berpuas hati, tanyalah pada mereka yang lebih tahu. Siapa yang lebih tahu? Mereka yang pernah kena la…

beliamuda: Tak patah semangat untuk terus twitpic lagi. Cuma kena beringat setiap kali ambil gambar. Kenas pastikan tetapan kamera berada pada saiz yang sesuai untuk MMS.

21 thoughts on “Kredit Celcom Lesap Secara Tiba-Tiba

  1. Service celcom semakin teruk sejak akhir2 ini kenapa? Saya banyak guna sim, yg saya dapati celcom paling buat kita panas hati. Macam mana pula kalau hp biasa? Baru isi RM10 cek balik dah tinggal beberapa sen. Dengar2 ada masalah dalam bahagian celcom. Tapi tak tahulah pula kesahihan berita tu… Harap pihak celcom dapat lah selesaikan masalah dengan segera kan. Sebab pengguna celcom memang dah banyak, harap service pun makin ok. Jangan pihak celcom kecewakan pengguna sudahlah, boikot kang baru tahu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge