Salam sejahtera buat semua.
Entri ini ditulis khas buat rakan-rakan blogger yang mengenali kalampatah ataupun @HazwanArif di twitter. Untuk makluman, beliau dan tiga lagi rakan saya yang lain telah terlibat dalam kemalangan di Jalan Gua Musang-Lojing sekitar pukul 11.30 pagi.
Pemandu dan seorang rakan yang berada di sebelah kanan kereta hanya mengalami luka ringan. Seorang penumpang yang berada di depan, Khairul Hakimi mati akibat tersepit di bahagian dada dan Hazwan Arif yang berada di belakang mengalami patah paha kaki kanan. Bahagian mata kirinya juga perlu dijahit akibat luka di bahagian atas dan bawah.
GUA MUSANG: Seorang penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh, Perak, maut, manakala seorang lagi cedera parah, dan tiga yang lain mengalami kecederaan ringan selepas dua kereta bertembung dalam satu kemalangan di Kilometer 48, Jalan Gua Musang-Lojing, pagi ini.
Anda boleh juga rujuk UTP Daily untuk laporan berita mengenai kemalangan tersebut.
Saya dan tiga rakan yang lain juga dalam perjalanan pulang. Kami menghala ke Kelantan. Mereka menghala ke Terengganu. Saya dapat tahu mengenai kemalangan tersebut semasa kami baru sahaja bertolak pulang dari UTP sekitar pukul 12.30.
Seorang rakan yang lain berpesan agar kami berhati-hati dalam nada yang berlainan seperti biasa sebelum memaklumkan hal sebenar. Keempat-empat rakan yang menaiki kereta yang kemalangan tersebut adalah satu batch dengan saya, Jan 07.
Saya sempat melawat Hazwan di Hospital Kuala Krai setelah dipindahkan dari Hospital Gua Musang. Semasa kami di sana, dia tidak sedarkan. Kami sempat berjumpa dengan abang beliau. Katanya, Hazwan akan dipindahkan ke Hospital Kuala Terengganu untuk memudahkan urusan keluarga mereka.
beliamuda: Doakan Hazwan Arif cepat sembuh dan diberikan kekuatan. Al-Fatihah buat Khairul Hakimi @ Kero Kimi yang meninggal dunia dalam kemalangan ni.
Pingback: Twitpic Sepanjang Minggu #2 | beliamuda {dot} com