Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan SPM 2010

Salam sejahtera buat semua.

tarikh rasmi umum SPM 2010

Setelah hampir dua bulan saya mengajak para pelajar lepasan SPM 2010 untuk berteka-teki tentang tarikh pengumuman keputusan SPM 2010, akhirnya persoalan ini telah hampir kepada jawapan pasti.

Seperti yang telah dianalisa dalam khabar angin tarikh keputusan SPM 2010, tarikh 23 Mac 2011 yang menjadi pilihan dan agakan telah dipastikan sebagai tarikh pengumuman keputusan SPM 2010.

Dalam paparan akhbar NST dalam talian (baca: online) semalam, telah dilaporkan memetik kata-kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud yang telah mengesahkan dengan pihak mereka bahawa keputusan SPM 2010 akan diumumkan secara rasminya pada 23 Mac 2011.

SPM results out on March 23 (NST)

Adalah diingatkan juga bahawa pengumuman rasmi tentang tarikh pengumuman ini masih belum dibuat, namun tarikh 23 Mac 2011 telah hampir pasti sebagai hari pengumuman keputusan SPM 2010.

beliamuda: Pastinya debaran sebelum keputusan SPM 2010 diumumkan semakin terasa. Selamat berjaya kepada semua pelajar lepasan SPM 2010!

18 thoughts on “Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan SPM 2010

  1. nk kate redha je lau dapat trok…xsangat..nak kate xske dapat bgos penipu abes la…tp yang aq comfirm! aq takotttt siiiioooootttt!!!!

  2. Pingback: Semakan Keputusan SPM 2010 Melalui SMS | beliamuda {dot} com

  3. Pingback: SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2010 MELALUI SMS | FAIZAL FREDLEY

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge