Salam sejahtera buat semua.

Dalam entri kali ini, saya dedikasikan lagu-lagu terbaik yang pernah dinyanyikan oleh Shamrin (Forograf). Koleksi lagu ini adalah antara yang paling kerap saya dengar dan yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Fotograf sekitar tahun 1990-an.
Kumpulan Fotograf hadir dengan beberapa album setelah kejayaan album pertama pada tahun 1989 dengan tajuk ‘Iramanya Bergetar’, dan kemudian menyusul lagi beberapa album lain seperti ‘7:30 Psikosis’ (1990) , ‘Fotograf 92’ (1992), ‘Fantasi’ (1994), ‘Fokus’ (1995) dan ‘Juara Mimpi’ (1997).
Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu ‘Di Alam Fana Cintamu’.
Berita Kematian Shamrin Fotograf
Lewat petang semalam, Shamrin iaitu vokalis utama kumpulan Fotograf dilaporkan meninggal dunia. Berita kematian arwah disahkan sendiri oleh rakannya Johan Aziz (bekas pengurus kumpulan Slam).
Shamrin dikatakan rebah setelah bermain bola sepak selama 15 minit di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang. Allahyarham disahkan meninggal dunia setalah dikejarkan ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.
Klip Video Lagu Terbaik oleh Shamrin Fotograf
Di Alam Fana Cintamu (Live Planet Hollywood 2007)
Ke Pintu Kasihmu (Live Planet Hollywood 2007)
Luka Seribu Rindu (Versi nyanyian semula oleh Shamrin)
Korban Cinta
Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal (Live Planet Hollywood 2007)
dan kini kau telah ucapkan selamat tinggal kepada kami yang masih hidup…
beliamuda: Al-Fatihah untuk Allahyarham Shamrin.
Takziah kepada keluarga beliau…
Pisyek´s last blog about ..WebCamp 1001 – MindValley
al-fatihah
aizuddin´s last blog about ..Melaka Wonderland Theme Park & Resort
al-fatihah utk arwah
hazwan17´s last blog about ..Gecko Art Clothing Nov Teea picture is worth a thousand words- thinking artside the box & mesra alam
al-fatihah….
terkejut gak bila dgr radio pagi td….
yusrizal´s last blog about ..Mata pun penting jugak!!
al-fatihah buat arwah
amalin binti anuar´s last blog about ..Proton Inspira
Al-fatihah untuk arwah dan takziah untuk keluarga arwah…. Moga roh beliau dicucuri rahmat
Yiedpozi´s last blog about ..Jom Belajar Loghat Terengganu Part 1
Al-fatihah wat arwah..moga allah tmpt kan nyer dikalangan org2 yg soleh..Amin…X lupa juga Salam Takziah wat ahli keluarganyer..
takziah dgn pmergia nyer….al -fatihah
semoga rohnya dicucuri rahmah olen Nya…Al-Fatihah…
sy mmng peminat arwah nyanyianye mmg hebat…