Koleksi Lagu Terbaik Shamrin Fotograf

Salam sejahtera buat semua.

fotograf

Dalam entri kali ini, saya dedikasikan lagu-lagu terbaik yang pernah dinyanyikan oleh Shamrin (Forograf). Koleksi lagu ini adalah antara yang paling kerap saya dengar dan yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Fotograf sekitar tahun 1990-an.

Kumpulan Fotograf hadir dengan beberapa album setelah kejayaan album pertama pada tahun 1989 dengan tajuk ‘Iramanya Bergetar’, dan kemudian menyusul lagi beberapa album lain seperti ‘7:30 Psikosis’ (1990) , ‘Fotograf 92’ (1992), ‘Fantasi’ (1994), ‘Fokus’ (1995) dan ‘Juara Mimpi’ (1997).

Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu ‘Di Alam Fana Cintamu’.

Continue reading

Pesona Rindu Yang Menjadi Titik Permulaan Kepada Kegilaan Ini

Salam sejahtera buat semua.

pasir pantai

aku bagaikan tawanan di dalam perang rindu

Ayat diatas adalah petikan daripada lagu Fotograf – Luka Seribu Rindu. Tiada kaitan sama sekali dengan tulisan entri kali ni sebenarnya. Haha…

Sejak dua entri yang ditulis berkenaan Cinta Sufi, sebuah novel terbaru oleh RAM, pelbagai respon daripada rakan blogger yang saya terima. Secara kasar, ada dua kumpulan; satu yang turut meminati pembacaan novel dan satu lagi yang tidak membaca novel.

Continue reading