Koleksi Lagu Terbaik Shamrin Fotograf

Salam sejahtera buat semua.

fotograf

Dalam entri kali ini, saya dedikasikan lagu-lagu terbaik yang pernah dinyanyikan oleh Shamrin (Forograf). Koleksi lagu ini adalah antara yang paling kerap saya dengar dan yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Fotograf sekitar tahun 1990-an.

Kumpulan Fotograf hadir dengan beberapa album setelah kejayaan album pertama pada tahun 1989 dengan tajuk ‘Iramanya Bergetar’, dan kemudian menyusul lagi beberapa album lain seperti ‘7:30 Psikosis’ (1990) , ‘Fotograf 92’ (1992), ‘Fantasi’ (1994), ‘Fokus’ (1995) dan ‘Juara Mimpi’ (1997).

Fotograf pernah memenangi Lagu Pop Terbaik, pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu ‘Di Alam Fana Cintamu’.

Berita Kematian Shamrin Fotograf

Lewat petang semalam, Shamrin iaitu vokalis utama kumpulan Fotograf dilaporkan meninggal dunia. Berita kematian arwah disahkan sendiri oleh rakannya Johan Aziz (bekas pengurus kumpulan Slam).

Shamrin dikatakan rebah setelah bermain bola sepak selama 15 minit di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang. Allahyarham disahkan meninggal dunia setalah dikejarkan ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru.

Klip Video Lagu Terbaik oleh Shamrin Fotograf

Di Alam Fana Cintamu (Live Planet Hollywood 2007)

Ke Pintu Kasihmu (Live Planet Hollywood 2007)

Luka Seribu Rindu (Versi nyanyian semula oleh Shamrin)

Korban Cinta

Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal (Live Planet Hollywood 2007)

dan kini kau telah ucapkan selamat tinggal kepada kami yang masih hidup…

beliamuda: Al-Fatihah untuk Allahyarham Shamrin.

14 thoughts on “Koleksi Lagu Terbaik Shamrin Fotograf

  1. Sukar diganti. Semoga rohnya ditempatkan bersama mukmin beriman. Ingin sangat mengetahui khabar isteri dan anak anak arwah. Ada sesiapa boleh share?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge