Salam sejahtera buat semua.
ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Galas, Chek Hashim bin Sulaima, 47 telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 petang tadi di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur. Allahyarham yang sebelum ini disahkan menghidap penyakit barah hampir dua tahun yang lalu pernah menjalani rawatan di negara China.
Kematian ADUN Galas ini telah diumumkan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.
DUN Galas merupakan salah satu daripada daripada tiga DUN dibawah Parlimen Gua Musang iaitu DUN Nenggiri dan DUN Paloh.
CHEK HASHIM BIN SULAIMA – Parti Islam Se Malaysia (PAS) 4,399
MOHAMAD SAUFI BIN DERAMAN – Barisan Nasional (BN) 3,753
Pengundi : 10,330
Undi Rosak : 171
Jumlah Pembuangan Undi : 8,323
Peratusan Mengundi : 80.89%
Majoriti : 646
(Melayu: 65.81% Cina: 22.03% India: 1.81% Lain-lain: 10.32%)
Pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU 11) yang lalu, arwah telah memenangi kerusi DUN Galas dengan majoriti 646 undi.
beliamuda: Al-Fatihah untuk arwah Chek Hashim dan takziah kepada keluarga arwah dan rakyat di Dun Galas
akan ada pilihanraya kecil taklama lg
sekali lagi pilihan raya kecil di kelantan..pasti panas2 hoho
x-po´s last blog about ..SUSAH SANGAT KE UNTUK MENGUNCI MOTOR
Setiap yang hidup pasti mati. Semoga Allah permudahkan urusannya di Barzakh. Al-Fatihah.
Pingback: Info Pilihan Raya Kecil DUN Galas (N45) | beliamuda {dot} com
Pingback: Ahli Parlimen Batu Sapi Meninggal Dunia Dalam Nahas Jalan Raya | beliamuda {dot} com
PRK lagi….lepas ni
Pingback: Calon-calon PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi | beliamuda {dot} com