ADUN Galas Meninggal Dunia

Salam sejahtera buat semua.

chek_hashim_sulaima

ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Galas, Chek Hashim bin Sulaima, 47 telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.30 petang tadi di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, Kuala Lumpur. Allahyarham yang sebelum ini disahkan menghidap penyakit barah hampir dua tahun yang lalu pernah menjalani rawatan di negara China.

Kematian ADUN Galas ini telah diumumkan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

DUN Galas merupakan salah satu daripada daripada tiga DUN dibawah Parlimen Gua Musang iaitu DUN Nenggiri dan DUN Paloh.

CHEK HASHIM BIN SULAIMA – Parti Islam Se Malaysia (PAS) 4,399
MOHAMAD SAUFI BIN DERAMAN – Barisan Nasional (BN) 3,753
Pengundi : 10,330
Undi Rosak : 171
Jumlah Pembuangan Undi : 8,323
Peratusan Mengundi : 80.89%
Majoriti : 646
(Melayu: 65.81% Cina: 22.03% India: 1.81% Lain-lain: 10.32%)

Pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU 11) yang lalu, arwah telah memenangi kerusi DUN Galas dengan majoriti 646 undi.

beliamuda: Al-Fatihah untuk arwah Chek Hashim dan takziah kepada keluarga arwah dan rakyat di Dun Galas

Comments

7 responses to “ADUN Galas Meninggal Dunia”

  1. Wan Avatar

    akan ada pilihanraya kecil taklama lg

  2. x-po Avatar

    sekali lagi pilihan raya kecil di kelantan..pasti panas2 hoho

  3. Motivasi Kerja Avatar

    Setiap yang hidup pasti mati. Semoga Allah permudahkan urusannya di Barzakh. Al-Fatihah.

  4. […] Raya Kecil DUN Galas (N45) bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Allahyarham Chek Hashim bin Sulaima pada 27 September […]

  5. […] Bakal menyusul satu lagi PRK, selepas lebih kurang seminggu berita kematian ADUN Galas. innity_pub = "59c33016884a62116be975a9bb8257e3"; innity_cat = "MALAY"; innity_zone = "7639"; […]

  6. hazwan Avatar

    PRK lagi….lepas ni

  7. […] DUN Galas diadakan berikutan dengan kematian ADUN Galas, Chek Hashim bin Sulaima pada 27 September yang […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge