Alkisah Budak Sombong

Salam sejahtera buat semua.

Status Facebook Bengang

Facebook tempat melepaskan geram. Jangan diamal selalu.

Sungguh hati rasa membara semacam je hari. Memang tak sah kalau ada seseorang tu tak buat ayat pusing-pusing. Kalau ayat pusing dia tak menjejaskan tak kisah la jugak kan. Tapi kalau dia pusing ayat dua tiga kali, lepas tu yang dipersalahkan adalah aku, memang aku pun panas.

Tak payah panjang pasal benda panas tu. Esok kita tengok macam mana mahu setel dengan masalah tu. Kita ke Alkisah Budak Sombong

Ku sangka namanya sekerat jua, tapi rupanya ada yang indah dibelakang.

Kita buka dulu kisah dengan si budak sombong ni. Biasalah kan kalau nama dah panjang sangat, ada la bahagian tertentu yang kena potong pada nama di name tag tu. Siapa sangka dia ada nama yang sangat indah kan? [kalau tak cari memang tak tahu la].

Ku tegur dia dengan jelingan, jeliran lidah jua dia membalas.

Ini memang dah jadi tabiat dia. Orang lain siap boleh buat bahan lawak jenaka lagi tu. Tapi saya tak sanggup la nak jadikan ni sebagai bahan nak kenakan dia walaupun pernah terdetik sekali sebab dia pernah kenakan saya kaw-kaw punya.

Ku seru namanya indah, senyuman pula dia berikan.

Lepas dah tahu si budak sombong ni ada nama lain (nama yang terdiri daripada dua patah perkataan), kira ni poin baik punya la untuk kenakan dia. Sekali dia senyum baik punya lepas dipanggil nama tu. [senyuman yang sinis].

Ku bertanya dua tiga patah, sepatah jua dibalas dia.

Dalam mulut ada batu ke apa? Habis sehelai kertas dikarang untu satu soalan, sepatah je dijawab. Cubaan…

budak-sombong

[sekadar gambar hiasan]

Ku bertanya memandang wajah, dia menjawab berpusing kebelakang.

Dah jadi adab kalau berbual dengan seseorang, pastinya akan memandang wajah. Sekali tanya punya baik, boleh dia berkalih ke belakang sebelum menjawab balik. [malu ke apa ni weh?].

Ku ingat mudah dibawa berbual, tapi rupanya aku jua yang kelu.

Kalau dah asyik seorang je yang bercakap, habis la jugak idea bila nak dibawa berbual. Orang kata, kalau dah loghatnya sama tu, senang la sikit nak bercakap. Sekali si budak sombong ni menafikan semua kebiasaan tu. [ingat “sekapal” ni mudah la nak kecek (berborak)].

Ku kata dia budak sombong, orang kata dia jual mahal.

Aku dah tak tahu nak kata apa. Konklusinya, dialah si budak sombong. Tapi ada rakan kata dia jual mahal. [ok, apa-apalah].

beliamuda: Nama je si budak sombong. Tapi tak sombong mana pun. Malas je lebih. Maaflah kalau entri ini sangat mengarut. Emosi tak stabil ni ringan je tangan nak melalut.

18 thoughts on “Alkisah Budak Sombong

Leave a Reply to beliamuda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge