Tangguh Ambil Lesen Memandu Buat Sementara Waktu (2)

Salam sejahtera buat semua.

Lesen L

Sambungan daripada bahagian pertama, Pengalaman Mengambil Lesen Memandu

Lepas dah lulus ujian undang-undang berkomputer tu, maka bermulalah sesi memandu yang sebenar. Entah apa nama latihan ni, tapi dikhaskan tiga jam untuk latihan ni. Latihan ni tak sama dengan latihan lapan jam.

Untuk kereta, boleh dibuat tiga jam terus. Untuk motor, perlu diasingkan kepada dua iaitu satu setengah jam setiap satu. Kata abang kat pusat latihan memandu tu, tak logik nak bawa motor tiga jam straight. Sakit bontot kot. Kereta tu lain la.

Untuk latihan tiga jam motor tu, boleh tahan la jugak. Walaupun aku tak biasa bawa motor, tapi takde la susah sangat. Macam bawa basikal je kot. Cuma kena tahu pulas minyak je la.

Yang agak janggal sikit ialah kali pertama bawa kereta. Memang sangat susah la rasanya waktu tu. Cikgu siap bawa gi padang khas lagi. Padang tu adalah kawasan lapang yang jauh daripada orang lain dan berpasir. Memang sesuai untuk orang yang tak reti langsung.

Daripada situ la cikgu ajar macam mana nak tekan minyak sambil imbang dengan cluth tu. Dia siap suruh buat lagi apa akan jadi kalau cluth tu lepas habis. Terkejut jugak beb. Padahal dah pernah buat kat kereta Abah. 😀

Oh ya, cikgu aku ni cikgu perempuan. Satu-satunya cikgu perempuan yang mengajar kat situ masa tu. Sporting gak la. Kebetulan dia kenal kawan sekelas aku masa belajar di MRSM PC.

Akhirnya, habis juga latihan tiga jam untuk motor dan kereta. Lepas tu la bermulanya sesi latihan lapan jam sebelum boleh mengambil lesen P. Tapi, masa ni lah datangnya tawaran kemasukan ke Universiti Teknologi Petronas (UTP). Jadi, terpaksa ditangguhkan dulu buat sementara waktu.

beliamuda: [1] Cluth dalam Bahasa Melayu ialah pengcengkam. [2] bersambung di bahagian seterusnya…

13 thoughts on “Tangguh Ambil Lesen Memandu Buat Sementara Waktu (2)

  1. Pingback: Dapat Juga Lesen Memandu P (3) | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge