Tag: kereta

  • Emas Sebagai Simpanan dan Aset

    Salam sejahtera buat semua.

    Investing in gold, gold bars, gold bullion and gold coins

    Sejak makin ramai rakan se-universiti yang mempunyai kerjaya masing-masing, makin banyak cakap-cakap mengenai pemilikan aset. Maklumlah, masing-masing sudah mempunyai sumber kewangan sendiri.

    Beberapa bulan lepas, ada beberapa orang rakan yang membeli kereta baru untuk kegunaan seharian. Sakan jugalah mereka nampak gayanya terutama yang mendapat tawaran bekerja dengan PETRONAS. Saya hanya mampu tumpang gembira.

    (more…)

  • Ribut di UTP, Pokok Tumbang Lagi

    Salam sejahtera buat semua.

    Pokok Tumbang di UTP

    Petang semalam, 28 Oktober 2011, satu lagi kejadian pokok tumbang terjadi di UTP. Kali ini, pokok yang lebih besar tumbang dan merentangi jalan yang memisahkan Village 1 dan Village 2, menyebabkan jalan tersebut terpaksa ditutup untuk laluan sehingga kerja-kerja mengalihkan pokok tersebut selesai.

    Gambar di atas menunjukkan pokok tersebut yang akarnya telah terbongkah dari tanah. Telahan awal saya, pokok tersebut patah sebab kebiasaannya pokok-pokok di Village 1 patah di bahagian dahan atau batang utama. Kemungkinan gambar di atas ditangkap sebaik sahaja hujan telah reda dan dapat dilihat air masih lagi banyak bertakung.

    (more…)