beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Pengalaman Mengambil Lesen Memandu (1)

Diposkan oleh yang telah menulis 1110 entri

Salam sejahtera buat semua.

Ujian Memandu Bukit

Musim-musim cuti sekolah dan cuti semester macam ni, selalunya memang sibuk la pusat memandu. Musim ni la sekolah memandu akan menjadi pusat pengajian yang sibuk. Peperiksaannya boleh berjalan setiap hari, tapi ujian akhir tahun (ujian nak dapat lesen P) tu la yang paling mencabar.

Duduk rilek-rilek masa cuti ni teringat pulak masa ambil lesen memandu tiga tahun lepas. Oh ya, untuk makluman, aku masih lagi dalam lesen P. Haha. Setahun aku ambil masa nak sudahkan pembelajaran di pusat memandu. Err, bukan sebab aku bengap sangat nak belajar memandu, tapi ada hal lain yang datang secara tiba-tiba. Jom dengar aku bercerita.

Masa tu baru je lepas SPM. Kebetulan masa tu aku, Irfan (sepupu aku) dan Zakwan (kawan dia) yang sama-sama baru habis SPM dipertemukan sekali oleh bapa saudara aku. Masa tu, cadangnya kami semua ni nak gi la belajar bahasa Inggeris di Smart Reader Kota Bharu.

Nak masuk pusat tuisyen tu pun ada ujian dulu. Nak uji tahap bahasa Inggeris. Alhamdulillah, semua lebih kurang je, jadi kami semua dalam satu kelas je la. Senang nak gi bersama-sama. Masa ni la keluar cadangan untuk kami turut ambil lesen memandu. Masa ni, aku memang tiada pengalaman bawa motor, apatah lagi kereta.

Dah kebetulan masa tu memang sangatlah bosan kalau duduk terperap di rumah je, isi je la masa yang ada ni dengan belajar memandu dan mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Masa tu aku tak kenal lagi blog dan masa tu la aku diperkenalkan dengan istilah RTM; Rehat + TV + Makan.

Lagi kebetulan, masa tu ada pakej khas ditawarkan untuk pelajar sekolah menengah. Secara protokolnya, aku dan Zakwan tak layak nak masuk bawah pakej tu, sebab kami pelajar MRSM. Pakej tu hanya ditawarkan untuk pelajar sekolah biasa. Tapi, pandai-pandai la kan nak hidup. Kami masuk je la di bawah nama sekolah sepupu aku tu.

Sekolah memandu tu tak asing lagi di Kelantan. Pusat Latihan Memandu Yakin Pandu di Pengkalan Chepa. Dekat dengan Pusat Latihan Memandu Kotaraya. Cawangan Yakin Pandu tu pun dekat dengan rumah aku (rumah aku sangatlah jauh dengan Pengkalan Chepa).

Masa nak pergi dengar kuliah undang-undang tu, memang penuh sesak kat sekolah tu. Sampaikan kena buka kelas baru. Masa ni la terjumpa kawan lama. Nasib baik kenal lagi. Kelas undang-undang tu entah berapa jam aku pun dah lupa. Tapi sempat habis dalam masa sehari la.

Dalam kelas tu bukan dapat semua pun apa yang diajar. Harap dengan buku undang-undang dan buku soalan tu je la. Tapi, dah ada buku tu pun malas lagi nak baca. Nasib baik Irfan ada CD koleksi soalan yang akan ditanya dalam ujian berkomputer tu. Nampak interaktif sikit. Baru ada semangat nak buat.

Dengan berbekalkan latihan CD tu, ditambah dengan hasil menelaah buku undang-undang, kami bertiga pergi la mengambil ujian berkomputer tu di pusat ujian. Antara kami bertiga, aku yang dapat markah paling rendah untuk ujian undang-undang tu. Rasanya cukup makan je untuk lulus.

Dengan lulusnya ujian undang-undang berkomputer, dapatlah kami memegang tak dapat pun lagi lesen L. Balik semula ke pusat memandu, kami diagihkan guru untuk latihan kereta. Akhirnya, masing-masing berpisah sebab jadual latihan lain-lain.

beliamuda: bersambung ke episod 2. Harap-harap dapat sudahkan entri ni sebelum lesen P tamat… :D

25

December
2009
Masa: 10:10

34 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. kelas undang2 tu 5 jam..hihi

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @eiysya, a’ah. lima jam la… hehe.. ri tu dua jam sebelah pagi (tengah hari jugak la kot). pastu tiga jam sambung belah petang…

    [Reply]

  2. mati enjin di tengah jalan adalah biasa

    [Reply]

  3. aku xde lesen lagi……
    huhu
    .-= ariff´s last blog ..Petronas & Michael Schumacher =-.

    [Reply]

  4. pglaman amek lesen dulu antara pengalaman paling manis penah epal ada.
    rasanya kalo nak kena ulang balik amek lesen pun, epal tak kesah kalo serupa itu jgk ceritanya.
    :)

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @epalejau, ish, tak mo la ulang balik… huhu~

    [Reply]

  5. penat amek lesen
    kena bgn pagi2, then blk ptg2
    rmai org punya pasal

    rugi amek awal,klu tak blh amek kat melor..
    skolah baru kot,haha
    .-= penaberkala´s last blog ..CONTEST @ [Ekspresi] Dot Com =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @penaberkala, boleh plak rasa rugi. kan tak merasa nak merempit dengan EX5 tuh.. :D

    [Reply]

  6. Woh
    Kenangan2
    First jpj test ak fail sbb x tau jalan (test ngan tmpt training lain2, dan mase tu hari test jatuh dalam 1-2week sem baru utp, T.t, mmg tak g testing jalan dulu, men taram je. >.<)
    2nd test baru lulus. haha.
    .-= Mohaimin´s last blog ..Logo Opening Title Meche 007 =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Mohaimin, aik, pelik jugak. aku awal2 lagi mmg praktis jalan kat route yang diguna untuk test.

    [Reply]

    Mohaimin Reply:

    @beliamuda, haha, ntah la nape. tp mmg driving school ak jauh dari tmpt jpj tu. terpakse lah
    .-= Mohaimin´s last blog ..Logo Opening Title Meche 007 =-.

    [Reply]

  7. Irsyaduddin Zakwan

    Ha ha….
    aku tak stadi pon utk ujian berkomputer tu jauh skali menelaah CD interaktif hu hu…

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Irsyaduddin Zakwan, nak wat gne. aku kureng sikit bab tu. dah la markah lulus cukup makan je yg tu.. huhu~

    [Reply]

  8. ambe blom ad lesen..rempit lg stakat ni..hehe

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @azizan4444, berape kali doh berambak nga polis?

    [Reply]

    azizan4444 Reply:

    @beliamuda, dok rajin..sbb muka baik

    [Reply]

  9. lesen kete ak kene amik 2 kali..
    org jpj 2 cam strict semacam..
    ampeh je..huhu
    .-= a1zudd1n´s last blog ..drama cinta BALQIS [tv3 - slot AKASIA] =-.

    [Reply]

  10. Aku lak tgh amek lesen kereta lak…hari isnin ni baru mula…huu…dah la xpnah bwk pn

    [Reply]

    eiysya Reply:

    @Ash_my, chill laa..aku pun xpnah sblum msuk driving skul tu..tp lepas je skali percubaan.. huhu

    [Reply]

    azizan4444 Reply:

    @eiysya, hebat2..hehe
    .-= azizan4444´s last blog ..Saya Hairan Apabila …. =-.

    [Reply]

    eiysya Reply:

    @azizan4444, sbb aku minat kot..tu laa..hihi
    wpun muka jpj mcm nak telan org, tp kitorg siap borak2..haha

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Ash_my, sama la ngan aku dulu… takpe, slow2 blaja nnt rasa senang je la..

    [Reply]

  11. aku tak faham nape ade 2 skolah memandu di satu tempat yg same…

    dekat2 plak tu.. haih~
    .-= Pisyek´s last blog ..Insomnia =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Pisyek, kawasan hot kat situ. tak cukup nak tampung kapisiti pelajar kot.. (kot la~)

    [Reply]

    spongebob Reply:

    @beliamuda, aku lagi teruk,driving skool kat blakang umah aku je tapi malas nak amik
    ujian komputer.blek2 gi ikut kawan pegi bandar

    [Reply]

  12. bukan main lama lagi ko amik lesen kete yer bro..aku sebulan sudah..hahaha
    apa2 pun ko dah ade lesen skang ni..kre ok la tu..hahaha
    .-= Mr. Cuz´s last blog ..Happy New Year!!! =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Mr. Cuz, terpaksa la… nnt entri seterusnya, sambung citer…

    [Reply]

  13. annshino90

    ha’ah, ptt cam knl tmpt dia… aku pon ambik lesen kt sane jgk rupenye…hehehehhe

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @annshino90, hehe…

    [Reply]

  14. Hamba Allah

    salam,
    saya ingin menyatakan perasaan tak puas hati terhadap seorang cikgu kat yakin pandu p.chepa.terlalu garang dan suka membebel ketika mengajar pelajar, menyebabkan pelajar tak dapat tumpu semasa belajar memandu.sebagai seorang cikgu tak patut berbuat demikian kerana tahap kecekapan seorang pelajar tidak sama.saya berasa tertekan ketika belajar dengan cikgu tersebut..memang menyakitkan.cikgu tersebut wajib diberi kursus!

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Hamba Allah, patut komen je terus kat sana. tapi mmg bese ar cikgu sekolah mandu tu garang sikit. nasib baik dulu dapat cikgu perempuan. ok je la.

    [Reply]

  15. anakmuda

    cikgu motor botak bodoh !

    [Reply]

  16. Jiwang Karat

    Bab ujian berkomputer, aku lulus cemerlang. Tapi bab kemahiran bawak kereta ni hampeh, penakut, bengap. Tak tau le apa ubatnya bagi orang macam aku ni. Nak kata menggigil on the road takda plak tapi memandu tahap bahaya. Cikgu plak lepas tangan bila dah bayar habis. Dah tu tukar cikgu, bayar lagi sekali. Fed up betul aku. Kalau ni pun sangkut, nescaya aku gantung L je kat rumah.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Jiwang Karat, memandu tahap bahaya sampai macam mana tu? Kongsi la sikit dengan kami di sini.

    [Reply]


1 Trackbacks/Pingbacks

  1. Tangguh Ambil Lesen Memandu Buat Sementara Waktu (2) | beliamuda {dot} com 06 01 10

Komen anda

CommentLuv badge