Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA

Salam sejahtera buat semua.

Inilah adalah Dasar MARA berkaitan permohonan untuk biasiswa dan pinjaman MARA. Kepada semua bakal pemohon, dalam masa terdekat, permonohan untuk biasiswa MARA 2010 bakal dibuka.

Sebelum itu, sila fahamkan dahulu Dasar MARA di bawah.

  1. Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan berkelayakan terutama yang memerlukan bantuan kewangan untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang Sains, Teknologi, Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa
  2. Kadar bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan berasaskan kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi tertakluk kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
  3. Tajaan pelajaran MARA adalah khusus untuk calon-calon bumiputera sahaja selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

Syarat Am Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA

Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia

  1. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
  2. Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
  3. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
  4. Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
  5. Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara.
  6. Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
  7. Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon:
Peringkat Dalam Negara Luar Negara

Diploma

tidak melebihi 35 tahun

-

Ijazah

tidak melebihi 40 tahun

tidak melebihi 30 tahun

Sarjana tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 35 tahun
PhD tidak melebihi 45 tahun tidak melebihi 40 tahun

beliamuda: Diharapkan penjelasan ini dapat menjawab soalan yang sering ditanya oleh bakal pemohon dalam entri-entri lalu berkenaan dengan biasiswa dan pinjaman MARA. Dasar mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

291 thoughts on “Perhatian Kepada Bakal Pemohon Biasiswa MARA

  1. tumpang tanya, sekiranya saya telah mendapat pinjaman ptptn (saya meminjam dari ptptn kerana tiada pilihan lain lagi pada masa itu), layak kah saya menerima pinjaman mara?

  2. Ok, apa yg satu tahu MARA ada sediakan pinjaman boleh ubah kepada pelajar Cemerlang SPM. Kelebihan pada student MRSM yg diinterview sehari selepas SPM berakhir, dan mereka ditawar kemasukkan Januari mengikut result Trial. Mara juga offer utk lain2 student selepas result SPM diumumkan dan dipanggil interview akhir April/awal Mei. Pinjaman Mara agak mudah diperolehi berbanding JPA kepada bumiputra yg result SPM all A. Ttp agak competitive utk pelajar yang mempunyai B terutama subjek Sains. Ini adalah kerana pelajar MRSM sendiri seperti contoh MRSM TGB mempunyai 238 pelajar ALL A’s. MARA mempunyai University sendiri iaitu UniKL, keutamaan kepada pelajar yang mohon Universiti di bawah MARA.

    • @nana, Terima kasih atas perkongsian. Saya setuju dengan anda kerana saya sendiri adalah bekas pelajar MRSM dan bekas peminjam dengan MARA di bawah skim SPC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge