Insiden 2 Kepala Babi – Apa sudah jadi?

Salam sejahtera buat semua.

Terkejut dengan berita awal pagi tadi mengenai insiden dua kepala babi yang ditemui di dua masjid berasingan di dua masjid sekitar Jalan Klang Lama. Dua masjid tersebut ialah Masjid At-Tarmizi di Taman Sri Sentosa dan Masjid Jumhuriahdi Taman Datuk Harun. Turut ditemui, wang tunai RM30 di kawasan masjid.

Apa sudah terjadi pula kali ini? Tidak mahu menuduh sesiapa, kejadian ini sangatlah menyentuh sensitiviti umat Islam. Najis paling berat ditemui di tempat suci. Pasti ianya akan menimbulkan kemarahan di pihak beragama Islam. Setakat ni siasatan masih lagi berlangsung.

Sebelum ini, sebanyak 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau dirosakkan. Apakah semua ini ada kaitan dengan isu penggunaan kalimah ALLAH?

beliamuda: Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam hal yang sangat sensitif seperti ini, apatah lagi ianya berkaitan dengan kepercayaan dan keagamaan. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Pasti ianya akan memberikan gambaran buruk terhadap imej Malaysia nanti.

Rujukan: Blog Mazidul dan Perakite

Menurut sumber daripada Utusan Malaysia Online, dua kepala babi ditemui di setiap masjid. Jadi jumlahnya adalah empat kepala babi. Kepala babi tersebut dibalut dalam plastik putih berserta wang tunai RM35.

50 thoughts on “Insiden 2 Kepala Babi – Apa sudah jadi?

  1. alhamdulilah wasyukurilah wanikmatulah muslim malaysia sudah ada kemajuan bisa potong babi.selamat buat malaysia salam dari indonesia

  2. Pingback: Analogi Air Batu Campur (ABC) Dalam Mendepani Kehidupan Masyarakat Majmuk | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge