Insiden 2 Kepala Babi – Apa sudah jadi?

Salam sejahtera buat semua.

Terkejut dengan berita awal pagi tadi mengenai insiden dua kepala babi yang ditemui di dua masjid berasingan di dua masjid sekitar Jalan Klang Lama. Dua masjid tersebut ialah Masjid At-Tarmizi di Taman Sri Sentosa dan Masjid Jumhuriahdi Taman Datuk Harun. Turut ditemui, wang tunai RM30 di kawasan masjid.

Apa sudah terjadi pula kali ini? Tidak mahu menuduh sesiapa, kejadian ini sangatlah menyentuh sensitiviti umat Islam. Najis paling berat ditemui di tempat suci. Pasti ianya akan menimbulkan kemarahan di pihak beragama Islam. Setakat ni siasatan masih lagi berlangsung.

Sebelum ini, sebanyak 11 gereja, sebuah kuil Sikh, sebuah masjid dan dua surau dirosakkan. Apakah semua ini ada kaitan dengan isu penggunaan kalimah ALLAH?

beliamuda: Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas dalam hal yang sangat sensitif seperti ini, apatah lagi ianya berkaitan dengan kepercayaan dan keagamaan. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Pasti ianya akan memberikan gambaran buruk terhadap imej Malaysia nanti.

Rujukan: Blog Mazidul dan Perakite

Menurut sumber daripada Utusan Malaysia Online, dua kepala babi ditemui di setiap masjid. Jadi jumlahnya adalah empat kepala babi. Kepala babi tersebut dibalut dalam plastik putih berserta wang tunai RM35.

Comments

50 responses to “Insiden 2 Kepala Babi – Apa sudah jadi?”

  1. Zaid Avatar

    siapa punya kerja lah ni kan…. tak berprikemanusiaan langsung… tak hormat pada agama bangsa dan negara….

    1. apis Avatar

      *********************************************************
      ********************EMERGENCY****************************
      *********************************************************

      Korang baca komen dari @umar hadad citerep,aku rasa die
      hina umat islam Malaysia sbb die ckp:-
      -umat islam ada kemajuan potong kepala babi
      -salam dari indonesia

      Tak percaya carilah.
      1.Uztaz mana ckp umat islam boleh sentuh babi?
      2.kenapa dia ckp umat islam malaysia ada kemajuan potong
      kepala babi.

  2. Miss Q Avatar

    Masing-masing dah start tunjuk nak berlawan. Kita pi musnahkan gereja depa,depa p campak kepala babi, apa kita dapat? cuci samak sendiri la! Apalaa masing2 nak tunjuk berlawan ni?
    .-= Miss Q´s last blog ..Pangkat auntie-uncle-sedara jauh segala bagai (susur galur family tree) =-.

  3. Si Naga Avatar

    hurm…
    masalah dah ni..
    kang tragedi 13 mei terjadi semula..
    tapi aku rasa melayu akan kalah..
    kita hunuskan keris, musuh ada pistol..

    1. melayu Avatar
      melayu

      @Si Naga, ye ke,,,, banyak sangat ke pistol tu….

    2. Ariff666 Avatar
      Ariff666

      @Si Naga, mana tau ni melayu akan kalah…sebelum taip fikir dulu ya…

      1. baboon Avatar
        baboon

        @Ariff666, lu la fikir dulu..
        kalau pengetahuan cetek tentang kekuatan orang melayu dan keistimewaan
        keris,
        jangan cakap sebarangan… dan fikir la dulu sebelum membuat
        kenyataan tersebut, kerana engkau lah yang menbuat kenyataan tersebut dahulu.
        Pernah dengar kontriversi di Taman Dato harun, 2001. Klu belum? cari maklumat.
        Aku tulis dari pengalaman ku sendiri.
        OK….

  4. izzat Avatar

    kalau pihak terbabit tak ambil tindakan segera, perkara ni akan jadi makin parah. balas membalas ni takkan tamat kalau tiada kesepakatan dan keputusan dapat dicapai. kerajaan patut peka dan tegas dalam selesaikan isu ini. rakyat bukan buta dalam menilai, jangan sampai pisang berbuah dua kali.
    .-= izzat´s last blog ..Takziah Atas Kemangkatan Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail =-.

  5. touya Avatar

    Keadaan dah makin teruk nie

  6. hBz Avatar

    patut panggil ape pada yang buat macam ni. sumpah jd katak kang. pijak ramai2

  7. eyriqazz Avatar

    siapalah punya angkara?tah habis2 mahu melaga2kan manusia….
    .-= eyriqazz´s last blog ..Kunci Kejayaan =-.

  8. mohdhanif Avatar

    yang buat keje ni pun sengal,xkira la yang bakar gereja ke,surau n masjid…lau camni sampai bila-bila pun xde kesudahannya..
    .-= mohdhanif´s last blog ..Senarai Blog Hina Sultan Johor -Biadap Punya Manusia =-.

    1. KECHIK Avatar
      KECHIK

      @mohdhanif, MINX NO FON BLEH

      1. beliamuda Avatar

        @KECHIK, saya punya no fon tak nak minta ke?

  9. eiyda Avatar

    uish..kepala babi tu..pe nak jadi ni..dunia2
    .-= eiyda´s last blog ..eiyDa :: Banyaknyer Kaki:: =-.

    1. nad Avatar
      nad

      @eiyda, nak jadi apalak .nak tunjuk taiko le.

  10. hana maiz Avatar
    hana maiz

    adessss….makin menjadi2 plak…masalah..masalah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge