Membanteras Komuniti Blogger Berhaluan Kiri

Salam sejahtera buat semua.

Nuffnang

Sudah lama ideologi ini meresapi komuniti blogger di Malaysia. Pasti ramai yang selalu terbaca di shout box, ayat-ayat yang berbunyi, “dah klik nuffnang awak, klik saya balik ya”. Sampailah beberapa hari lalu apabila dua orang blogger yang boleh saya anggap sebagai otai mengeluarkan kenyataan masing-masing.

Topo dengan entri santainya, menjelaskan tentang dia terserempak dengan komuniti klik-klik Nuffnang. Sangkaannya, komuniti ini adalah kelab peminat Nuffnang. Rupa-rupanya, ia adalah satu perkumpulan blogger yang menjalankan aktiviti kurang sihat yang saya sifatkan sangatlah berhaluan kiri.

Sehari kemudian, Khai, sebagai penulis jemputan di blog Rjuna, dengan lantangnya membidas puak-puak ini. Macam biasalah, Khai dengan ayat-ayat pedasnya menembak tepat mereka yang terlibat ni.

Kalau Khai melabelkan mereka sebagai “najis”, saya lebih kepada melabelkan golongan ini sebagai golongan berhaluan kiri yang membawakan ideologi salah. Ideologi yang secara langsung boleh mencemarkan komuniti blogger di Malaysia secara keseluruhan dan meruntuhkan sistem sedia ada.

Mungkin nampak ekstrim sekali pemikiran ini. Tanpa disedari, apabila banyaknya berlaku click fraud, maka dengan sendirinya terjadi kegagalan kepada pengiklan. Gagalnya iklan yang dipaparkan, bermakna Nuffnang tidak akan lagi menjadi medium yang dipilih oleh pembeli iklan. Perkara ni sama sahaja untuk kesemua pengiklan di dunia Internet ni.

Perlu diingat, tempias aktiviti tak elok ni bukan akan kena pada kumpulan tu sahaja. Kesannya akan turut dirasai oleh komuniti blogger Malaysia secara keseluruhan. Nak harap Google Adsense, memang payah la nak cari pendapatan dengan iklan. Dengan adanya pengiklan seperti Nuffnang, Advertlets dan Innity ni, sedikit sebanyak memudahkan blogger Malaysia. Sesiapa yang pernah menggunakan Google Adsense pasti lebih faham dengan pernyataan ni.

Jangan pulak tak tahu yang Nuffnang ada staf yang ditugaskan untuk meneliti iklan yang sesuai untuk diletakkan di blog. Jadi, mudah sangat untuk mereka mengesan komuniti ni. Blog komuniti berhaluan kiri awal-awal lagi dah kena ban dengan Nuffnang. Kalau mereka dapat tahu ahli-ahli komuniti ni, bukan ke naya bagi kamu semua. Fikir-fikirkanlah. Banyak lagi cara untuk Nuffnang mengesan aktiviti macam ni.

tweet-nuffnangmy

Masa awal-awal saya guna Nuffnang, entah berapa bulan baru dapat 50 sen. Tu pun dah cukup gembira. Ya la, masa tu trafik tak banyak. Harap kepada iklan CPC je la. Lepas trafik blog dah mula stabil, baru la mula ada iklan CPM. Lepas tu la baru merasa pendapatan yang lebih baik.

Jadi, bagi yang nak sangat pendapatan di Nuffnang tu naik, pergilah menuntut ilmu tentang cara-cara nak naikkan trafik. Jumlah trafik berkadar terus dengan pendapatan melalui iklan (tapi berkadar sonsang dengan bandwidth T_T). Banyak je blogger yang dah tulis tentang cara-cara nak naikkan trafik. Pergilah cari ya…

beliamuda: [1] Sudah semestinya saya suka jika ada orang klik iklan Nuffnang yang ada di blog ni. Tapi ia merupakan satu tindakan yang tidak adil bagi pembeli iklan jika ianya adalah click fraud! [2] Baru kali pertama cash out daripada Nuffnang. Menunggu cek sampai je la.

Comments

41 responses to “Membanteras Komuniti Blogger Berhaluan Kiri”

  1. e Avatar

    nuffnang ni kira ok lagi
    kalo adsense dah lama kena banned
    coz google lebih strict
    aku away from this acts
    dan kalau buat entri yg menghina
    untuk jd kontroversi dan naikkan trafik
    thats is a shit too..

    1. beliamuda Avatar

      @e, sebab tu la kena jaga ayat tu sikit… kalau guna ayat kasar sangat, mungkin agak kurang sesuai..

  2. […] juga tidak ketinggalan dengan Dragon Dagger , White Power Ranger Beliamuda gagah dengan senjata Saba bersama Pink Power Ranger Nikuve beraksi seksi dengan Power Bow (psss…sorry ye dah tak de […]

  3. aidilx Avatar

    hoho! kalau ada yg masih menegakkan benang yg basah, menggunakan agama utk mengatakan benda yg dorang buat tu betul, agak² mau kena hentam balik ni..
    .-= aidilx´s last blog ..Pertubuhan Haram:Klik-Klik Nuffnang! =-.

    1. beliamuda Avatar

      @aidilx, harap2 takde la ya…

  4. naz Avatar

    dah lama & mual dgn benda ni, shoutbox adalah satu makanan bg mereka.hahah! masuk blog kita tu la benda first yg di cari. apebende yg kita artikel yg kita tulis tak dipedulikannya.
    .-= naz´s last blog ..Unexpected traffic from search engines =-.

    1. beliamuda Avatar

      @naz, benda tu paling senang dan pantas…

  5. shahroll photo Avatar

    ramai yang ghairah nak duit cepat.. nie la natijahnya… haiiihh~ Malaysia malaysia… T_____T

    1. beliamuda Avatar

      @shahroll photo, walau begitu, ada je yang nak tegakkan benang yang dah basah ni..

  6. […] Isu ni bukan setakat isu klik-klik nuffnang je. Isu ini lebih daripada itu. Mungkin setiap pembaca ada tafisran tersendiri. Ia terpakai untuk […]

  7. Mommy Lyna Avatar

    ha saya pun ada buat entry pasal ni
    http://mysuperkids.net/nuffnang-klik/
    .-= Mommy Lyna´s last blog ..Komuniti Merapu Klik Klik Nuffnang =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Mommy Lyna, tapi still ada yang nak tegakkan benang yang basah.. katanya, dengki la.. siap guna bukti kata boleh klik lagi.. rasanya, mereka dah salah faham apa yang cuba disampaikan.. aish, payah betul..

  8. Mus Avatar

    Keyword Klik mmg hot sekarang!
    .-= Mus´s last blog ..Kisah 2 Minggu Antara Keluarga & Kerja =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Mus, panas juga, tapi tak terdaya nak meredekan kepanasan di pihak satu lagi…

  9. […] ni bukan mengenai masalah blogger newbie klik-klik nuffnang tu. Ni masalah kesilapan newbie menjalankan kerja dan […]

  10. aleh Avatar

    team surh klik-klik ni..ni kira kerja menipu gak..
    tak halal tu..buat cara menipu..
    usaha la kalo nk dapat untung byk..tp jangan menipu..
    .-= aleh´s last blog ..3 website yang digunakan untuk menguji dan menganalisa kelajuan internet anda =-.

    1. beliamuda Avatar

      @aleh, kalau diorang faham, senang la.. masalahnya, masih lagi tak faham-faham… (masih lagi bersisa)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge