beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Mengambil peluang di hari yang cerah

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 571 entri

Salam sejahtera buat semua.

Alhamdulillah, sepanjang hari raya pertama hingga hari raya ketiga (semalam), keadaan cuaca agak baik di Kelantan. Cuma lewat petang sahaja keadaan cuaca berubah menjadi mendung sebelum hujan pada waktu malam.

Keadaan yang cerah ini memberi kemudahan untuk umat Islam melaksanakan ibadah korban pada tahun ini. Hujan lebat yang turun di Mekah sehingga menyebabkan banjir telah mengakibatkan korban nyawa. Bagi yang berminat, anda boleh melihat gambar Ibadah Haji 2009.

Bagi pelajar yang telah memulakan cuti semester, peluang hari yang cerah ni diambil untuk mencuci segala pakaian kotor yang dibawa pulang, yang disumbat-sumbat dalam beg tu sebab malas sangat nak basuh pada hujung-hujung semester tambahan pula dengan adanya final exam.

Awas juga bagi yang tinggal di rumah teres tu. Tahu la nak ambil peluang hari yang cerah, sampaikan segala ruang yang ada digunakan untuk jemur pakaian. Jangan sampai jadi macam gambar di bawah ni.

seluar-dalam-di-jemuran

Kredit kepada Bro Framestone

beliamuda: Hari ni hujan mula turun. Sejuk je rasa. Sedap jugak kalau tidur ni. Mengambil peluang di hari yang hujan…

30

November
2009
Masa: 12:00

23 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. ish,melampau dh tu sidai sotong kering colourful kat pagar..
    agak2 la nk sidai pun..jadi cam kedai dh plak gayanya,hak3

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @penaberkala, menggunakan ruang yang ada ke tahap maksimum.. hikhik.. daya penarik btol untuk peminat setia.. :P

    [Reply]

  2. Haha
    Lelong2
    Rm10 dapat 10, Rm10 dapat 10. XD
    Mohaimin´s last blog ..FB My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Mohaimin, Moh nak ke? hikhik.. jangan Moh..

    [Reply]

    Mohaimin Reply:

    @beliamuda,
    haha xmo la. xde yg berkenan.
    haa, men2 ja
    Mohaimin´s last blog ..FB My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Mohaimin, hikhik.. takde hal la Moh..

    jaga adik baik2 ya.. semoga ibu dan ayah Moh selamat menunaikan ibadah dan selamat sampai semula di Malaysia..

    [Reply]

  3. aku memang tertarik kt gambar tu..wakaka aku dh komen dh pasal seluq dlm tu..huhu emberassing..hehe
    Mr. Cuz´s last blog ..Mrdaha End Year Contest : Teruna Dan Janda My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Mr. Cuz, :P

    [Reply]

  4. warna warniii.. :D
    cikepal´s last blog ..bantal busukkk…. (busuk la jugak) My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @cikepal, err, lebih kurang yang dalam koleksi eh? :P

    [Reply]

  5. e

    huh agak colorful
    nampak feminine!

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @e, kepunyaan wanita, memang nampak feminine…

    [Reply]

  6. ish3…sape nye la tu? kaver2 la sket kalau ye pun..haha

    [Reply]

  7. raya haji tahun ni makan daging sampai dpt alergik tahap jingga :P
    nazra´s last blog ..Lelaki berpayung, Perempuan berbaju hujan My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @nazra, keluar warna jingga ke?

    err, ada alergik ngan daging jugak ke?

    [Reply]

    nazra Reply:

    haha takda lah. tp bintik2 merah ja yg keluar. tu pun sbb naz garu coz of gatal. itulah pelik jgk, ngn daging pn bleh alergik..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @nazra, ada orang selit makanan laut kot… hikhik~

    [Reply]

    nazra Reply:

    fuiyoh dlm daging ada selitan seafood. ni dh dahsyat ni. menu baru :P
    nazra´s last blog ..Alergik tahap jingga. My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @nazra, hikhik… tu yang pelik tu.. :P

  8. Alhamdulillah cuaca di kelantan skrg memang sedap jika tidur.. nikmat2..
    Nikuve´s last blog ..They have made my heart aggrieved My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Nikuve, dan hari ni hujan makin lebat, air dah mula naik…

    [Reply]

    Nikuve Reply:

    @beliamuda, sure makin best bila air naik… Bahagian mana naik tu?
    Nikuve´s last blog ..They have made my heart aggrieved My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Nikuve, kat area KB ada dah mula naik air.. bukan air dari hulu la.. cuma sebab hujan lebat berterusan..

    [Reply]



Komen anda

CommentLuv diaktifkan