Membanteras Komuniti Blogger Berhaluan Kiri
Salam sejahtera buat semua.

Sudah lama ideologi ini meresapi komuniti blogger di Malaysia. Pasti ramai yang selalu terbaca di shout box, ayat-ayat yang berbunyi, “dah klik nuffnang awak, klik saya balik ya”. Sampailah beberapa hari lalu apabila dua orang blogger yang boleh saya anggap sebagai otai mengeluarkan kenyataan masing-masing.
Topo dengan entri santainya, menjelaskan tentang dia terserempak dengan komuniti klik-klik Nuffnang. Sangkaannya, komuniti ini adalah kelab peminat Nuffnang. Rupa-rupanya, ia adalah satu perkumpulan blogger yang menjalankan aktiviti kurang sihat yang saya sifatkan sangatlah berhaluan kiri.
Sehari kemudian, Khai, sebagai penulis jemputan di blog Rjuna, dengan lantangnya membidas puak-puak ini. Macam biasalah, Khai dengan ayat-ayat pedasnya menembak tepat mereka yang terlibat ni.
Kalau Khai melabelkan mereka sebagai “najis”, saya lebih kepada melabelkan golongan ini sebagai golongan berhaluan kiri yang membawakan ideologi salah. Ideologi yang secara lansung boleh mencemarkan komuniti blogger di Malaysia secara keseluruhan dan meruntuhkan sistem sedia ada.
Mungkin nampak ekstrim sekali pemikiran ini. Tanpa disedari, apabila banyaknya berlaku click fraud, maka dengan sendirinya terjadi kegagalan kepada pengiklan. Gagalnya iklan yang dipaparkan, bermakna Nuffnang tidak akan lagi menjadi medium yang dipilih oleh pembeli iklan. Perkara ni sama sahaja untuk kesemua pengiklan di dunia Internet ni.
Perlu diingat, tempias aktiviti tak elok ni bukan akan kena pada kumpulan tu sahaja. Kesannya akan turut dirasai oleh komuniti blogger Malaysia secara keseluruhan. Nak harap Google Adsense, memang payah la nak cari pendapatan dengan iklan. Dengan adanya pengiklan seperti Nuffnang, Advertlets dan Innity ni, sedikit sebanyak memudahkan blogger Malaysia. Sesiapa yang pernah menggunakan Google Adsense pasti lebih faham dengan pernyataan ni.
Jangan pulak tak tahu yang Nuffnang ada staf yang ditugaskan untuk meneliti iklan yang sesuai untuk diletakkan di blog. Jadi, mudah sangat untuk mereka mengesan komuniti ni. Blog komuniti berhaluan kiri awal-awal lagi dah kena ban dengan Nuffnang. Kalau mereka dapat tahu ahli-ahli komuniti ni, bukan ke naya bagi kamu semua. Fikir-fikirkanlah. Banyak lagi cara untuk Nuffnang mengesan aktiviti macam ni.

Masa awal-awal saya guna Nuffnang, entah berapa bulan baru dapat 50 sen. Tu pun dah cukup gembira. Ya la, masa tu trafik tak banyak. Harap kepada iklan CPC je la. Lepas trafik blog dah mula stabil, baru la mula ada iklan CPM. Lepas tu la baru merasa pendapatan yang lebih baik.
Jadi, bagi yang nak sangat pendapatan di Nuffnang tu naik, pergilah menuntut ilmu tentang cara-cara nak naikkan trafik. Jumlah trafik berkadar terus dengan pendapatan melalui iklan (tapi berkadar sonsang dengan bandwidth T_T). Banyak je blogger yang dah tulis tentang cara-cara nak naikkan trafik. Pergilah cari ya…
beliamuda: [1] Sudah semestinya saya suka jika ada orang klik iklan Nuffnang yang ada di blog ni. Tapi ia merupakan satu tindakan yang tidak adil bagi pembeli iklan jika ianya adalah click fraud! [2] Baru kali pertama cash out daripada Nuffnang. Menunggu cek sampai je la.



Memang turut tak setuju dengan konsep geng klik nuffnang ni.. apa yang paling penting tentunya traffic..
, kalau buat geng untuk sama-sama promote blog saya setuju benar..

zuls´s last blog ..Biar saya tolong Retweet Contest anda
[Reply]
beliamuda Reply:
December 2nd, 2009 at 12:49 PM
@zuls, betul, kalau buat geng promo blog, lagi bagus…
[Reply]
hu…lagi sorang mengamuk. tapi memang patut pun.
harap adik-adik kita yang tengah galak mengklik tu cepat2 dah sedar – cara itu salah!
selalu klik iklan kalau baca entri yang bagus, rasa berbaloi beri sokongan pada penulis yang baik.
p/s – kak jie pun tgh tunggu cek yg ke 5.
Kujie´s last blog ..Kalender kuda tinggal sekeping
[Reply]
beliamuda Reply:
December 2nd, 2009 at 12:51 PM
@Kujie, bukan mengamuk, mengingatkan rakan-rakan blogger je…
[Reply]
aku pun same lah. bertahun dapat 50sen je. now, dah 2tahun berblogging baru dapat duit nuffnang ni.hahahaha
Lizz´s last blog ..Pemandu Singapura dan Malaysia sama-sama tak beretika
[Reply]
berblogging dengan ikhlas.. jangan guna duit haram..
aku dah blogging nak dekat 2 tahun, tak penah nak cashout, ada dalam 3o rm .. rilex aje..
pada team2 tuh,
wei, aku tak kebuloq la nak makan duit saluran macam tu. baik aku dok diam je dari buat kerja yang rendah moralnya..
tapi sapa yang dah klik tu tq la banyak2
[Reply]
Mus Reply:
December 3rd, 2009 at 10:56 AM
@luth textile, betul ke RM30 jer bro.. bukan RM3000 ke? hihihi..
Mus´s last blog ..Kisah 2 Minggu Antara Keluarga & Kerja
[Reply]
wah ada lagi satu catatan pasal klik-klik ke? nampak keyword klik-klik semakin panas (ha3).
kita tidak suka nak menjatuhkan orang lain sesuka hati dan itu bukannya budaya yang betul. tapi pertolongan kita untuk perbetulkan keadaan selalu disalah anggap.
ya lah bukan senang nak tegur orang lain apatah lagi bab buat duit (hu3)
megat´s last blog ..Klik Nuffnang, Jom Kita Kaya Dengan Klik Iklan Nuffnang!
[Reply]
beliamuda Reply:
December 2nd, 2009 at 12:54 PM
@megat, betul, salah tegur, melenting pulak… kata kacau hak diorang la..
[Reply]
baik bos..tak akan buat lagi dah..

atiqahkj´s last blog ..SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
[Reply]
beliamuda Reply:
December 2nd, 2009 at 12:54 PM
@atiqahkj,
[Reply]
aku pun da tejebak, maklum la xtaw pape,
tapi da bace blog ni(alhamdulillah), tobat xnk wat lagi
[Reply]
wan2911 Reply:
December 1st, 2009 at 9:19 AM
@wan2911, tQ bro sebab mengingatkan,
kalau xde entry2 macam ni, memang xtaw la
n tlibat ngan benda kotor lagi lame..
wan2911´s last blog ..Mereka Yang Lahir Tahun 1980-an
[Reply]
atiqahkj Reply:
December 1st, 2009 at 1:30 PM
@wan2911, hehe…sama la..saya pun xtau benda ni xelok..sbb ramai yg buat..pastu mcm tiba2 je jd popular blog dia tuh..sbb tu nak cuba jgk..
[Reply]
beliamuda Reply:
December 2nd, 2009 at 12:56 PM
@wan2911, tak pergi jauh lagi kan.. boleh mula dengan cara yang betul semula.. memperingatkan mana yang salah.. mana tahu, di masa depan, aku pulak ada buat salah..
[Reply]
naz rasa last week naz ada buat jgk kot kat 4,5 orang blogger. tp naz pastikan blog diaorg entri nya best & boleh layan. blog naz pn klau diaorg klick iklan nuff, naz trima ja. ye tak

nazra´s last blog ..Lelaki berpayung, Perempuan berbaju hujan
[Reply]
beliamuda Reply:
December 2nd, 2009 at 12:59 PM
@nazra, kalau sendiri punya suka, takde masalah.. ni sampai ada team, parah jugak…
[Reply]
Yeas! Nampaknya sudah ramai yg menegur kutu Nuffnang ni. Masing2 mempunyai cara tersendiri. Saya pun ada tulis juge, takda pun credit atas.. ehehe..
Nikuve´s last blog ..They have made my heart aggrieved
[Reply]
beliamuda Reply:
December 2nd, 2009 at 1:08 PM
@Nikuve, lupa lak Nikuve ada tulis jugak… takpe la, dah dapat pangkat Rangers Pink kan.. ok jugak..
[Reply]
ak lagi la lampi, tau nufnang gitu2 je
tak pandai nk join camne
tp cam ramai je blogger yg dpt duit guna tuh
kritis dan kreatif sungguh!
[Reply]
beliamuda Reply:
December 2nd, 2009 at 1:09 PM
@penaberkala, daftar kat nuffnang, pastu pasang ad kat blog… tu je…
[Reply]
nuffnang ni kira ok lagi
kalo adsense dah lama kena banned
coz google lebih strict
aku away from this acts
dan kalau buat entri yg menghina
untuk jd kontroversi dan naikkan trafik
thats is a shit too..
[Reply]
beliamuda Reply:
December 2nd, 2009 at 1:09 PM
@e, sebab tu la kena jaga ayat tu sikit… kalau guna ayat kasar sangat, mungkin agak kurang sesuai..
[Reply]
hoho! kalau ada yg masih menegakkan benang yg basah, menggunakan agama utk mengatakan benda yg dorang buat tu betul, agak² mau kena hentam balik ni..
aidilx´s last blog ..Pertubuhan Haram:Klik-Klik Nuffnang!
[Reply]
beliamuda Reply:
December 2nd, 2009 at 1:16 PM
@aidilx, harap2 takde la ya…
[Reply]
dah lama & mual dgn benda ni, shoutbox adalah satu makanan bg mereka.hahah! masuk blog kita tu la benda first yg di cari. apebende yg kita artikel yg kita tulis tak dipedulikannya.
naz´s last blog ..Unexpected traffic from search engines
[Reply]
beliamuda Reply:
December 2nd, 2009 at 1:16 PM
@naz, benda tu paling senang dan pantas…
[Reply]
ramai yang ghairah nak duit cepat.. nie la natijahnya… haiiihh~ Malaysia malaysia… T_____T
[Reply]
beliamuda Reply:
December 4th, 2009 at 10:36 AM
@shahroll photo, walau begitu, ada je yang nak tegakkan benang yang dah basah ni..
[Reply]
ha saya pun ada buat entry pasal ni
http://mysuperkids.net/nuffnang-klik/
Mommy Lyna´s last blog ..Komuniti Merapu Klik Klik Nuffnang
[Reply]
beliamuda Reply:
December 4th, 2009 at 10:41 AM
@Mommy Lyna, tapi still ada yang nak tegakkan benang yang basah.. katanya, dengki la.. siap guna bukti kata boleh klik lagi.. rasanya, mereka dah salah faham apa yang cuba disampaikan.. aish, payah betul..
[Reply]
Keyword Klik mmg hot sekarang!
Mus´s last blog ..Kisah 2 Minggu Antara Keluarga & Kerja
[Reply]
beliamuda Reply:
December 4th, 2009 at 10:43 AM
@Mus, panas juga, tapi tak terdaya nak meredekan kepanasan di pihak satu lagi…
[Reply]
team surh klik-klik ni..ni kira kerja menipu gak..
tak halal tu..buat cara menipu..
usaha la kalo nk dapat untung byk..tp jangan menipu..
aleh´s last blog ..3 website yang digunakan untuk menguji dan menganalisa kelajuan internet anda
[Reply]
beliamuda Reply:
December 13th, 2009 at 7:31 AM
@aleh, kalau diorang faham, senang la.. masalahnya, masih lagi tak faham-faham… (masih lagi bersisa)
[Reply]