Kerana Kesilapan Newbie

Salam sejahtera buat semua.

paip air berkarat

Kisah ni bukan mengenai masalah blogger newbie klik-klik nuffnang tu. Ni masalah kesilapan newbie menjalankan kerja dan tugasannya.

Bermula lewat petang semalam, salah satu keperluan asas di kawasan sekitar kampung saya mengalami gangguan bekalan. Keperluan asas yang dimaksudkan ialah air. Gangguan tersebut bukanlah akibat keputusan bekalan, tapi airnya mengalami perubahan warna yang mendadak, daripada warna putih jernih menjadi lebih pekat daripada air teh.

Masalah dikesan pada awalnya melalui bekalan air yang disambung terus daripada saluran paip air utama, namun kami menganggarkan yang masalah hanya sementara sahaja, maka saluran air ke tangki tidak ditutup.

Tanpa diduga, masalah berlarutan sehingga lewat malam. Bekalan air daripada saluran utama masih lagi tercemar dengan karat. Maka, air karat itu juga telah memenuhi tangki takungan air.

Oleh kerana tidak tahan dengan keadaan ini, Abah telah menelefon kawannya yang juga bekerja dengan Syarikat Air Kelantan (AKSB) untuk mendapat maklumat lanjut. Kami ingatkan air tercemar itu berpunca daripada tangki utama untuk kawasan kampung kami.

Setelah dimaklumkan, rupa-rupanya masalah berpunca daripada Loji Rawatan Air di Cicha. Katanya, ada kerja penyelenggaraan yang akan dijalankan di loji itu, tapi kerja-kerja itu dibatalkan atas sebab-sebab teknikal.

Sebelum kerja dijalankan, pekerja yang ditugaskan telahpun memulakan proses-proses penyelenggaraan yang menyebabkan air berkarat. Oleh kerana tidak mahu menyebabkan gangguan bekalan kerana kerja telah dibatalkan, pekerja tersebut terpaksa juga melepaskan air tersebut kepada pengguna. Dimaklumkan, pekerja tersebut adalah pekerja baru (newbie).

Memang berani gagal sungguh la perbuatan dia. Loji Rawatan Air Cicha tu bukannya kecil. Entah berapa ramai yang mengalami masalah air berkarat semalam. Nasib baik air dah kembali jernih, tapi air dalam tangki tu memang pekat lagi la.

beliamuda: kenapa tak buang je air berkarat tu?

Comments

17 responses to “Kerana Kesilapan Newbie”

  1. Azfarul Avatar

    wah..
    mesti newbie tu kene marah teruk..

    1. beliamuda Avatar

      @Azfarul, entahla, kalau kena marah tu, sabo je la.. huhu~

  2. Syed Akmal Avatar

    Buang je air bekarat, tukar aie baru. kan senang. heheh. kerajaan kan byk duit.

    1. beliamuda Avatar

      @Syed Akmal, yang masuk dalam tangki rumah tu, sendiri la kena bayar… 😛

  3. zuls Avatar

    Hrmm itulah. tanggungjawab kerja di syarikat utiliti ni bukan ringan..
    .-= zuls´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

  4. nazra Avatar

    psl newbie, mgkin depa ni terlampau ghairah sgt kot. ye la, nk dpt kan duit mcm blogger yg dah lama involved. mmg la tak bleh. kena la makan masa.

    psl air, hati2 ngn air ni. mcm2 pnyakit bleh dia bwk…
    .-= nazra´s last blog ..Korang single? Jangan la sedih-sedih… =-.

  5. hazwan Avatar

    aku tmpang sedeh..
    haha
    .-= hazwan´s last blog ..Hampa Hatiku =-.

    1. beliamuda Avatar

      @hazwan, kenapa kamu masih gelak.. -_-“

  6. penaberkala Avatar

    air berkarat? seksa molep dengar
    .-= penaberkala´s last blog ..KAD PENGENALAN =-.

    1. beliamuda Avatar

      @penaberkala, serius seksa… nak basuh baju payah, apatah lagi minum~

  7. KNizam Avatar

    mcm ala2 cerita seconds from disaster adjer kan. hehe 🙂
    .-= KNizam´s last blog ..Perut Masak Lemak Cili Padi RnR Seremban =-.

    1. beliamuda Avatar

      @KNizam, tak pernah tahu la plak… hehe~

  8. […] baru sahaja bermula. Alhamdulillah, hari ni sungguh cerah dengan sinaran mentari. Tapi sayang, masalah air berkarat berlaku lagi. Nak buat laporan pun takde orang angkat. Cuti […]

  9. airkita.my Avatar

    newbie or not Syarikat Air Kelantan must be held responsible what? Kenalah bertanggungjawab sebagai Institusi, mana bleh lepas tangan gitu jerk. Mana SOP? Ada ke tadok?

    1. beliamuda Avatar

      @airkita.my, yup, er SOP tu apa? tak tahu la..

  10. airkita.my Avatar

    SOP stand for Standard Operating Procedure.

    1. beliamuda Avatar

      @airkita.my, oh, terima kasih…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge