Salam sejahtera buat semua.
Lumrah hidup mungkin. Mata manusia. Mudah melihat apa yang lebih jelas. Mudah menangkap apa yang telah terpapar di depan mata mereka. Jarang juga seorang manusia mahu menilai atau meneliti sehingga dapat melihat apa yang ada disebaliknnya.
Di atas papan putih yang tiada tulisan, baru sahaja dibersihkan. Di tengah-tengahnya, ada satu titik hitam. Apakah yang kamu lihat?
Soalan klise yang biasa ditanya semasa mengikuti program motivasi. Paling kurang, seingat saya ia pernah ditanya dalam kelas Kemahiran Hidup semasa saya tingkatan satu oleh Cikgu Faizal.
Jawapan daripada pelajar, walaupun pelbagai dan diwarnai dengan persepsi daripada setiap pemikiran, pastinya akan dijawab “titik hitam”.
Adakah itu sahaja yang ada di atas papan putih? Bukan, majoriti papan putih itu adalah warna putih. Mungkin kita telah dilatih untuk mengatakan putih sebagai “tiada apa-apa” atau mungkin sebab fungsi papan putih itu sendiri.
Cuba pula situasi ini ditukar. Titik hitam itu dilakar di atas papan hitam. Adakah nampak titik hitam itu? Tidak, sebab warnanya sama sahaja dengan papan hitam.
Kenapa tidak diletak titik putih sebagai ganti kepada titik hitam untuk menyesuaikan dengan situasi berlawanan yang telah dipaparkan tadi?
Simboliknya, titik hitam itu adalah dosa dan kesilapan. Putih itu melambangkan kesucian. Kalau titik hitam itu dilihat di atas papan putih, jelas sekali diperhatikan. Kalau titik hitam itu berada di atas papan hitam, kita tidak nampak, tapi ia tetap ada di situ.
Kadang-kadang, papan putih dan papan hitam ini sendiri adalah gambaran persepsi yang diberikan oleh manusia. Mereka telah menetapkan satu pihak itu sebagai “putih”, sementara satu pihak lagi sebagai “hitam”. Lalu, apabila pihak yang “putih” ini melakukan kesilapan, ramai yang akan melihat, lantas mereka mudah rasa kecewa.
Keadaan pula sebaliknya dengan pihak yang “hitam” ni. Mereka ada kesedaran tentang kewujudan titik hitam tersebut, tapi mereka menganggap perkara itu biasa, sebab ianya dilakukan oleh pihak yang sudah dianggap sinonim dengan dosa dan kekotoran.
Contoh mudah lagi jauh dengan kita, supaya tiada yang terasa. Siapa tidak kenal dengan Tiger Wood? Betapa bersih imej yang dibawanya. Jarang dia dikaitkan dengan anasir liar yang selalu dikaitkan dengan seoarang selebriti popular. Imejnya sebagai pemain golf profesional yang bersih membolehkan dia menjadi pilihan sesuai sebagai seorang model.
Namun, sejak akhir-akhir ini dia dikaitkan dengan affair dalam perkahwinannya. Selepas tu, ada pula kemalangan yang tidak tahu apa puncanya. Ada yang mengaitkannya dengan alkohol. Berita Tiger Wood ni telah menenggelamkan gosip lain yang dipelopori selebriti yang sememangnya terkenal dengan gaya hidup liar.
Cukuplah contoh mudah ni. Kisahnya sama sahaja di negara kita. Hangat diperkatakan. Bukan setakat dua pihak yang kecil, tapi melibatkan dua kumpulan yang membawa ideologi berlawanan. Masing-masing membawa persepsi sendiri. Akhirnya, tiada ruang penjelasan dan peluang tidak diberikan, maka teruslah kita dengan persepsi masing-masing.
Kita tunggu sahajalah sampai kebenaran itu ditunjukkan secara paksa di depan mata kita. Yang benar, tetap benar. Yang salah, tetap salah. Bersabarlah mereka yang berjuang.
beliamuda: Isu ni bukan setakat isu klik-klik nuffnang je. Isu ini lebih daripada itu. Mungkin setiap pembaca ada tafisran tersendiri. Ia terpakai untuk setiap tahap peristiwa dalam kehidupan kita. Daripada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada isu global. Fikirkanlah.
walaupun titik hitam tu kecil, semua akan terfokus ke situ walaupun kain putih lebih besar.
kesalahan kita yg kecil boleh menghilangkan segala kebaikan yg banyak pernah kita hulurkan
fikirlah sebelum bertindak
.-= Kujie´s last blog ..02-12-92 =-.
resam kehidupan!
analogi ni, sama gak kan ngan akibat nila setitik, rosak susu sebelanga
begitulah yang sering berlaku…. dunia ni ilusi optik
.-= zuls´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.
yg hitam itu manis…
keh3
.-= hazwan´s last blog ..Hujan =-.
@hazwan, gula la yang manis.. hikhik~
saya setuju sangat ni bro. tu la perangai manusia. 1000 kebaikan takkan di ingat, tapi 1 kesalahan akan diperkatakan sampai bila2. renungkan lah.
Walau bagaimana banyak sekalipun kebaikan yang kita lakukan jika terdapat satu titik hitam pada diri, org akan pandang yg hitam lebih pada putih. Meskipun hitam 1%.
.-= Nikuve´s last blog ..They have made my heart aggrieved =-.