Koleksi SMS Raya daripada Rakan-Rakan

Salam sejahtera buat semua.

Bagaimana dengan sambutan raya anda? Tahun ini, saya banyak menziarahi saudara-mara yang telah lama tidak ditemui. Cuti panjang yang telah diambil oleh Abah digunak sebaiknya. Walaupun banyak juga kenduri yang diadakan pada raya kali ini. Malam ini, ada akad nikah sepupu saya. Esoknya kenduri di rumah pengantin perempuan, sementara pada hari khamis kenduri diadakan di rumahnya pula.

Pada malam raya yang lalu, saya telah menghantar SMS Raya kepada rakan-rakan. SMS itu ditulis sendiri oleh saya dan bukan kopipes daripada mana-mana pihak. Takde la sedap mana pun. Tapi, sebab tulis sendiri, lain pula feelnya kan.

Dalam entri ni, saya abadikan SMS daripada rakan-rakan yang membalas dan menghantar ucapan raya kepada saya. Err, ucapan ini semua ditaip semula daripada SMS tersebut (tak dapat nak kopipes terus, henset murah je).

Ucapan raya daripada saya kepada rakan-rakan

Tiba kita di musim perayaan,

Ramai juga yang shopping sakan.

Salam lebaran daku ucapkan,

Di hari raya saling bermaafan.

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin,

Daripada Hanifi,

http://beliamuda.com

Nombor Maxis

  1. Suasana raya makin terasa, Tanda Syawal hampir menjelma. SMS pengganti kad raya, Ampun dan maaf mohon dipinta. Selamat Hari Raya.. Ikhlas dari Norhazwani.
  2. .i.          .i.
    * l.l  _£_  l.l *
    .l.l_(“”””‘)_l.l.
    :l.:.:.:.:.:i:.:.:.:.:.l: شلآمت هاري راي عيدالفطري.معاف ظاهير دان باطين. –Faris– –Ummu Hani

  3. Walau langkah tak bertemu..biarpun tangan tak berjabat..ucap tak terdengar..mata tak bertentang..maafkan segala kekhilafan yang lalu..kerana ada kalanya lidah terlanjur biacara dan hati salah menduga, salam aidilfitri..moga sinarnya membahagiakan kita semua..maaf zahir batin~ Nurul Ain Zakaria.

  4. Selamat hari raya untuk ko gak.. maaf zahir dan batin –Azfar Umar

  5. Salam aidilfitri.. Tiada kad nak diberi.. Sebab posmen sume da amik cuti.. nasib baik kredit baru isi.. dapat bagi SMS penganti diri.. mohon maaf hujung rambut ke hujung kaki.. –Nur Atiqah @ Etty

  6. Selamat hari raya juga dan maaf zahir dan batin –Fakhrullah– –Fauzi– –Safwan Atan– –Haniff– –Muzammil

  7. No greeting card to give, No sweet flowers to send, No cute graphics card to forward. Just a CARING HEART saying “Selamat Hari Raya Aidilfitri” – daripada Saiful Azli dan kaum kerabat baginda

  8. B4 aidilfitri datang, B4 Ramadhan pergi, B4 operator busy, B4 mesej asyik pending, B4 kredit habis, Nak ucapkan Minal Aidil wal Faidzin. Mohon maaf zahir dan batin. –Sharifuddin @ Aik

  9. Salam. Maghrib tadi menandakan dah masuk 1 Syawal dan menandakan kemenangan di bulan Ramadhan, jadi saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.. harap dimaafkan segala kesalahan dan dihalalkan segala hutang yang mungkin wujud .. jangan lupakan saya yang akan ke perantauan tidak lama lagi.. doakan kebahagiaan kita semuanya.. wasalam~ –Long M Haffiz Long Hassan

  10. Katak kenyang lalu tertidur, gajah pitam lantas terjatuh, andai tak sampai tangan dihulur, ku pohon keampunan dari jauh. Di Aidilfitri, Selamat Hari Raya! –Anuar

  11. Walau jauh bukan halangan, SMS dihantar tanda persahabatan, Ku pohon maaf selama berkawan, Salam Aidilfitri tanda ingatan. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.. –Aisyah

  12. Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso. Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada Bro Adi dan keluarga.

  13. Jengok-jengok kat tingkap..datang untuk mengucapkan selamat hari raya eidilfitri. Pohon maaf atas kekasaran kenakalan saya selama ini. –Bazli

  14. Eid Mubarak. May ALLAH bless you with a wonderful and happy edi inshaALLAH, you and your family. –Sami Saeed from Yemen

Nombor Celcom

  1. Tq nipi.. selamat hari raya, maaf zahir dan batin. –Syuhaidah

  2. شلآمت هاري راي عيدالفطري.معاف ظاهير دان باطين. Daripada Amirullah dan isteri sekeluarga =). *sms pertama yang mencetuskan kontroversi*

  3. Jika kesilapan semalam belum terampun, “MAAFKANLAH”. Jika kesilapan hari ini menyakitkan hati, “LUPAKANLAH”. Jika kesilapan esok dan mendatang, janganlah di bawa ke AKHIRAT, inginku menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf SALAM AIDILFITRI.. Minal aidilwal faizin…~ –Amir Maliki

  4. Berlalu sudah Ramadhan Al-Mubarak. Salam Aidilfitri, maaf zahir batin. –Irsyaduddin Zakwan

  5. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. –Rohaizreen Irdayu– –Faidhah– –Shamsul– –Nash

  6. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. http://thebeautyofsplendid.blogspot.com.Amaal Fadhilini– *kawan lama, dibalas juga dengan blog, penghubung ikatan yang terputus*

  7. Dua tiga kucing berlari, selamat hari raya aidilfitri. –Farhan Faiz

  8. Burung merak, burung kenari, hinggap sebentar di pohon jati, kalau hari ada dikasari, ampun dan maaf seikhlas hati. Selamat Menyambut Aidilfitri. –Mat Yo

  9. Bila tiba raya semua sibuk sekali, mesej masuk tak henti-henti, nak reka best-best takde kreativiti, so korang selamat hari raya aidilfitri.. 🙂 Tangan disusun sepuluh jari, memohon memohon ampun atas yang dikesali, semoga lebaran penuh beerti. Ikhlas dari miss ixypixy :-D. –Irda– *boleh tahan gak ayat, siap balas ngan nick blog lagi.. huhu~*

  10. Assalamualaikum, pertama sekali nak ucap selamat hari raya aidilfitri.. Diharap segala salah dan silap dimaafkan.. Ezran Hafiz.

  11. Setitik embun di pohon rimbun, di atap nipah air bergenang, dosa tertimbun mohon diampun, silap dan salah jangan dikenang. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin – Pai dan isteri. *sms kedua pencetus kontroversi, pencetus idea untuk dimasukkan sms ucapan raya ke dalam blog.. huhu*

  12. Kian berlabuh tirai Ramadhan, lambaian Syawal kian dinanti, bertaukkan amalan, bersulamkan keikhlasan, semoga mendapat keampunan Ilahi. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. –Elly

  13. Semoga Ramadhan yang berlalu memberi1001 erti buat kita. Agar Aidilfitri dilalui dengan erti yang sebenarnya: KEMBALI KEPADA FITRAH. Kembali mengerti hakikat seorang hamba kepada Tuhannya. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. –Umair– –Muhammad

  14. Selamat Hari Raya Aidilfitri ucapan tersurat, maaf zahir dan batin nawaitu tersirat. Semoga ukhuwah bertambah erat. Semoga hidup sentiasa berkat. Semoga tidak tercekik ketupat. –Baharuddin

  15. Imbas kembali kata yang diucap, ingat kembali janji yang dikata, imbau kembali masa yang berlalu, renung kembali hati yang terguris. Izinkan daku memohon maaf, untuk lisan yang tak terjaga, janji yang terabai, hati yang berprasangka dan sikap yang pernah menyakitkan dan mengguris hati. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. –Nurwahidah SMKAT

  16. Selamat hari raya gak nipi.. maaf ada salah dan silap. –Yuyue

  17. 2 3 kucing berlari, manakan sama si kucing belang, kemaafan pohon diberi, di hari raya kini menjelang. Ntah apa pantun ni. Selamat Hari Raya nifi! –Zai– *belum habis puasa, dah dapat duit raya RM200.. hehe*

Ucapan raya paling best [via twitter] >> “Salam 1HariRaya, Ketupat Didahulukan, Rendang Diutamakan”.

beliamuda: terima kasih di atas balasan dan ucapan daripada rakan-rakan… walaupun malam tu, Celcom sangatlah menyakitkan hati, tapi aku berjaya juga untuk menghantar SMS satu persatu kepada semua rakan-rakan (tiada mode hantar bulk message + asyik fail je) *no picture in this entry*

34 thoughts on “Koleksi SMS Raya daripada Rakan-Rakan

  1. Pingback: Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri (Bahagian 1) | beliamuda {dot} com

Leave a Reply to Eid mubarak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge