Koleksi SMS Raya daripada Rakan-Rakan

Salam sejahtera buat semua.

Bagaimana dengan sambutan raya anda? Tahun ini, saya banyak menziarahi saudara-mara yang telah lama tidak ditemui. Cuti panjang yang telah diambil oleh Abah digunak sebaiknya. Walaupun banyak juga kenduri yang diadakan pada raya kali ini. Malam ini, ada akad nikah sepupu saya. Esoknya kenduri di rumah pengantin perempuan, sementara pada hari khamis kenduri diadakan di rumahnya pula.

Pada malam raya yang lalu, saya telah menghantar SMS Raya kepada rakan-rakan. SMS itu ditulis sendiri oleh saya dan bukan kopipes daripada mana-mana pihak. Takde la sedap mana pun. Tapi, sebab tulis sendiri, lain pula feelnya kan.

Dalam entri ni, saya abadikan SMS daripada rakan-rakan yang membalas dan menghantar ucapan raya kepada saya. Err, ucapan ini semua ditaip semula daripada SMS tersebut (tak dapat nak kopipes terus, henset murah je).