Salam sejahtera buat semua.
Menghampiri penghujung semester sesi persekolahan tahun 2010, keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) juga bakal diumumkan tidak lama lagi. Adik-adik darjah enam pastinya semakin berdebar-debar.
Hari ini berkesempatan untuk bersembang dengan Mama. Bertanyakan kepada dia tentang keadaan semasa di kampung. Katanya hujan agak lebat. Air sudah mula melintasi jalan. Nasib baik hujan lebat tidak berlarutan.
