Hampa Aku di Ipoh Parade, Kinta City Dituju

Salam sejahtera buat semua.
Apalah nasib badan petang ini. Perancangan untuk bermain boling di Ipoh Parade (IP) terpaksa dibatalkan dan ke Kinta City hala tuju seterusnya.
Mengikut pelan asal, nak gerak daripada UTP pada pukul 3, maka dapatlah main boling di IP sekitar pukul 4. Tapi kena pulak jalan sedikit sesak dan sebaik tiba sahaja di sana, semua lorong yang ada untuk bermain boling sedang digunakan.
Hanya ada dua lorong yang boleh digunakan untuk pengunjung bermain kerana lorong-lorong lain telah ditempah oleh pasukan negeri Perak dan untuk pertandingan.
Hampa kerana terpaksa menunggu terlalu lama, maka kami beredar ke Kinta City untuk mencuba nasib di sana. Hentam sajalah!
beliamuda: Kena pulak jalan yang tengah sibuk…

Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Seluruh Negeri di Malaysia 1432H/2011

Salam sejahtera buat semua.

Ramadhan Mubarak

Alhamdulillah, kita masih lagi diizinkan oleh Allah untuk bertemu dengan bulan Ramadhan, bulan penuh berkat dan rahmat. Sebelum ini saya telah kongsikan untuk semua umat Islam yang berada di Malaysia jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi setiap negeri di Malaysia mengikut zon waktu masing-masing.

Di sini, saya kumpulkan semua pautan-pautan untuk waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh Malaysia bagi bulan Ramadhan 1432H/2011.

Continue reading