Jadual Waktu Berbuka dan Imsak bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya 1433H/2012

Salam sejahtera buat semua.

Ramadhan Mubarak

Berikut adalah jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi kawasan-kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk tahun 1433H/2012. Anda boleh melihat secara terus atau muat turun (download) melalui pautan yang disediakan.

Continue reading

Berada di Kuala Lumpur Bersama-sama Dengan Irsyad

Salam sejahtera buat semua.
Hari ini, saya berada di Kuala Lumpur bersama-sama dengan seorang sahabat iaitu Irsyad. Kami baru sahaja tiba di Stesen KL Sentral sekitar pukul 1.30 petang.
Destinasi kami adalah ke 1 Utama. Jadi, sebelum bergerak ke sana, perut diisi terlebih dahulu di KFC. Macam biasa, orang agak ramai dan memenuhi ruang tempat duduk di sini. Kena lagi dengan hujung minggu.
Apakah tujuan sebenar kami ke KL sedangkan Convofair UTP 2011 sedang berlangsung sepanjang hujung minggu ini? Nantikan kemaskini saya yang seterusnya. Masa untuk menjamu selera. Selamat menikmati makanan tengah hari anda!
beliamuda: Kali ketiga di KL Sentral dan menaiki ETS daripada Batu Gajah.

Mumble-less Monday #11: Duit RM50 Baru?

Salam sejahtera buat semua.

Duit RM50 kenang-kenangan Sukan Komanwel 1998

Baru-baru ini ada seorang rakan di Facebook menyiarkan gambar seperti di atas dengan mendakwa ianya adalah gambar duit RM50 yang terbaru. Saya sebenarnya sangsi dengan kenyataan beliau kerana tidak pula saya menjumpai mana-mana sebaran rasmi daripada pihan Bank Negara Malaysia (BNM).

Maka, bertanya terus kepada pihak BNM adalah langkah terbaik untuk mengetahui mengenai kebenaran gambar not RM50 yang didakwa terbaru itu. Satu emel dihantar lewat petang Khamis meminta penjelasan dan dibalas keesokannya oleh pihak BNM.

Continue reading

Berada di Kuala Lumpur dengan Penaberkala

Salam sejahtera buat semua.
Sekarang ini saya berada di Kuala Lumpur bersama-sama dengan Khairul Anuar a.k.a Penaberkala untuk menghadiri satu acara yang saya sendiri kurang jelas pengisiannya. Ianya dianjurkan oleh Samsung khas untuk pengguna Galaxy S2.
Berlepas dari stesen KTM Batu Gajah pada 5.40 pagi dengan menaiki ETS, kami tiba di KL Sentral sekitar pukul 7.50 pagi. Sekarang ni baru sahaja selesai bersarapan di McDonald’s.
Mungkin kami akan meluangkan masa di sini sebelum bergerak ke destinasi yang ingin dituju. Kami akan menaiki LRT ke Ampang Park kerana lokasi acara berdekatan dengan situ.
Setakat ini sahaja untuk kali ini. Kemaskini ini dikuasakan oleh HTC Desire S dan wifi McD.
beliamuda: Masih lagi mengantuk…