Salam sejahtera buat semua.
Adakah anda seorang belia? Belia adalah mereka yang berumur 15-35 tahun (takrifan berbeza mengikut negara). Jika ya, jom ke YOUTH’10.
YOUTH’10 adalah festival belia terbesar di Malaysia yang dianjurkan secara tahunan. Acara ini akan dilangsungkan di menara PWTC Kuala Lumpur sepanjang tiga hari iaitu daripada 28 hingga 30 Mei 2010.