Pendaftaran Peperiksaan SPM dan SPMU 2012 Kini Dibuka

Salam sejahtera buat semua.

Sebaik sahaja siaran rasmi tarikh pengumuman keputusan STPM 2011 dan dalam proses penantian tarikh pengumuman keputusan SPM 2011, pendaftaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan SPM Ulangan (SPMU) bagi tahun 2012 kini telah dibuka bermula 1 Mac yang lalu, seperti kebiasaan dua tahun kebelakangan.

Pendaftaran SPM dan SPMU Tahun 2012

Borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing. Manakala bagi calon persendirian pula, borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.

Syarat Kelayakan mendaftar SPM 2012

Calon Sekolah

  1. Murid tingkatan lima Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/ Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Negeri/ Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan
  2. Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.

Calon Persendirian

  1. Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau
  2. Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau
  3. Telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
  4. Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.

Syarat Kelayakan mendaftar SPMU 2012

  1. Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE.

Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2012 adalah pada 31 Mac 2012. Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima. Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2012 hendaklah dirujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan. Sila rujuk juga laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tambahan.

beliamuda: Sila rujuk di sini untuk tarikh peperiksaan SPM dan SPMU 2012.

109 thoughts on “Pendaftaran Peperiksaan SPM dan SPMU 2012 Kini Dibuka

    • Biasanya ada, sila rujuk ke Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bahagian Pengajian Swasta. Mereka ada senarai pusat2 tuisyen yang bertauliah seperti pusat kami (Pusat Tuisyen Kesuma berdaftar dgn Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan KL – JPWP338).

      Pusat Tuisyen di pasaran ada juga yg tak berdaftar. Saya syorkan carilah yg berdaftar kerana mereka ini dikawal oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing2.
      cikgunaza´s last blog about ..SPM ULANGANMy Profile

  1. hai, sy nk tye mcna nk ulg smula peper BI spm? msh kah sempat untuk sy memohon untuk ulangan semula kertas nov ni?

    • Mengulang SPM-kertas Nov @ SPMU-Kertas Jun hendaklah mendaftar pada 1 Mac hingga 30 Mac sahaja setiap tahun biasanya. Sila dapatkan informasi terkini daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) berdekatan dgn anda.

      Ini bermaksud anda perlu tunggu tahun hadapan utk mendaftar. Walaupun begitu saya syorkan mulakan belajar daripada sekarang dgn memasuki kelas2 BI SPM yg ditawarkan di tempat anda…tq
      cikgunaza´s last blog about ..SPM ULANGANMy Profile

  2. @cikgu naza,
    assalamualaikum cikgu naza.. saya ada seorang adik baru tamat spm 2011.. so saya ingin memasuki dia untuk menajlankan ujian spm ulangan supya dpt membantu risalt yang lemah.. boleh saya tahu bagaimana untuk saya mendaftarkn adik sya ke kelas tusyen yang cikgu iklankan.. kalo boleh saya ingin adik saya mengambil ujian peperiksan spm ulangan bagi sabjet yang penting seperti B.Malaysia, Mathematic, Saince dan B.Inglish.. sekiranya cikgu boleh membantu saya, sila hubungi saya isma 0175254782.. saya amat memerlukannya… terima kasih..

  3. saya nak tnye .. blh x klau sya nak ambik spm ulangan untuk BI shaja?? kurang info lah.. klau blh bla sya blah daftar?? tahun ni sempat lg ke??

    • actualy..tk bleh..sbab tarikh pendaftaran dh berlalu..march hari ia…tunggu next Year…
      untuk March next year…ambil English saja boleh…tapi untuk calon persendirian…bayaran pendaftaran RM30..bayaran subjek English RM20.50…hope it helps..

  4. saye nak bertanye..kebiasaan nye bile keputusan untuk SPM Ulangan nie keluar ye ? sbb bulan nie akan ade intake tok student nursing..saye tak nak miss..n saye tak nak tggu tahun dpan..

  5. sy nak buat paper ulangan BI..da ambil paper spm sy pada 2007 kputusan x memuaskan gred D. so if sy amik SPMU offer utk November next year agak2 bila result keluar??sbb sy nk apply kje.

  6. if nk ambik ulangan paper fizik,kimia n add math boleh x? biasany bulan brapa ada exam tuk paper2 tu?

  7. sy jeva….sy sebenarnya kena duduk peperiksaan pada thn 2011…tetapi sy tidak dpt menduduki peperiksaan spm pada tahun tersebut…boleh tak saya membuat peperiksaan spm tersebut pada tahun 2013…dan sy ingin tahu cara pendaftaran tersebut…

  8. Askum cikgu naza, saya ambik SPM tahun 1992. Pernah mengulang sekali api dah lamam dulu. Agak-agak saya boleg ambik lagi tak SPM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge