Pendaftaran Peperiksaan SPM dan SPMU 2012 Kini Dibuka

Salam sejahtera buat semua.

Sebaik sahaja siaran rasmi tarikh pengumuman keputusan STPM 2011 dan dalam proses penantian tarikh pengumuman keputusan SPM 2011, pendaftaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan SPM Ulangan (SPMU) bagi tahun 2012 kini telah dibuka bermula 1 Mac yang lalu, seperti kebiasaan dua tahun kebelakangan.

Pendaftaran SPM dan SPMU Tahun 2012

Borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing. Manakala bagi calon persendirian pula, borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.

Syarat Kelayakan mendaftar SPM 2012

Calon Sekolah

  1. Murid tingkatan lima Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/ Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Negeri/ Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan
  2. Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.

Calon Persendirian

  1. Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau
  2. Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau
  3. Telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
  4. Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.

Syarat Kelayakan mendaftar SPMU 2012

  1. Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE.

Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2012 adalah pada 31 Mac 2012. Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima. Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2012 hendaklah dirujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan. Sila rujuk juga laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tambahan.

beliamuda: Sila rujuk di sini untuk tarikh peperiksaan SPM dan SPMU 2012.

109 thoughts on “Pendaftaran Peperiksaan SPM dan SPMU 2012 Kini Dibuka

  1. saya belum pnah menduduki peperiksaan spm.saya ingin menduduki ujian spm..4 tahun yg lepas saya telah menduduki ujian PMR..sekarang saya ingin menduduki ujian spm pula..adAKAH SAYA LAYAK..??

  2. assalam cikgu…
    saya ingin mengambil paper ulangan BI kerana sy dapat 7D ketika SPM 2001…amat menyedihkan kerana paper laen semua tidak bermasalah malah alhamdulillah sy dpt 5A utk SPM 2001 .skrg menjd satu masalah ketika ingin memohon pekerjaan di sektor kerajaan keran BI sy yang hanya lulus…boleh kan cikgu terangkan bagaimana prosedur2 yg boleh sy buat dlm mendaftar paper ulang BI..ada link2 berkaitan yg boleh membantu sy..mohon pertolongan cikgu..pertolongan cikgu amatlah sy hargai

    • Wasalam. Mudah saja untuk urusan pendaftaran ulangan SPM. Hanya perlu tunggu pendaftaran dibuka (biasanya pada bulan Mac) dan pergi ke JPN/PPD untuk urusan pendaftaran.

  3. Assalamulaikum, saya nak tahu kalau saya ambil SPM 2010. Then saya nak ambil peperiksaan ulangan English and Math. Agaknya boleh lagi ke saya nak ambil peperiksaan tu lagi ? Sebab since now saya masih tidak berpuas hati dengan keputusan saya.

    • Waalaikumussalam. Boleh sahaja. Untuk pertanyaan lanjut, boleh berurusan dengan pihak PPD/JPN.
      Pendaftaran hanya dibuka pada bulan Mac setiap tahun.

  4. Assalamualaikum. Saya nak tanya satu lagi SPM-U ni dia selari tarikh dengan SPM or what eh ? I really need to know about that. I hope Sir can help me. Cara belajar sendiri ke ? Sebab sekarang saya sedang sambung belajar untuk Foundation, I hope Sir boleh tolong saya, sebab saya nak belajar lebih tinggi lagi.

    • Waalaikumussalam.
      SPMU adalah SPM Ulangan yang hanya menyediakan dua kertas sahaja iaitu Bahasa Melayu dan Matematik. Kebiasaan diadakan dalam bulan Julai (sebab itulah ianya dikenali sebagai Kertas Julai).
      Mengambil SPM sebagai calon persendirian bermakna anda akan menduduki SPM sekali dengan SPM pada tahun semasa dengan pelajar Tingkatan 5 yang lain di seluruh negara.

    • Wasalam.
      SPMU adalah SPM Ulangan yang hanya menyediakan dua kertas sahaja iaitu Bahasa Melayu dan Matematik. Kebiasaan diadakan dalam bulan Julai (sebab itulah ianya dikenali sebagai Kertas Julai).
      Dengan hanya dua kertas, tempohnya singkat sahaja.

  5. salam saya nak tanya pasal tarikh pndftaran calon prsndirian spm bagi tahun 2013 dan bila mula peperiksaan, harap dpat bntu saya wasalam

  6. salam.saya nak tanya kalau saya nak ambil balik spm.kena tahun 2013 eh?dan kalau ambik spm balik ni kena belajar sendiri or kena pergi sekolah?sbb saya gagal spm pada tahun 2009!nak ambil spm balik sebab nak belajar nak ambik diploma.tq

    • Wasalam. Paling dekat adalah pada tahun hadapan. Calon persendirian tidak perlu ke sekolah, tapi boleh cari kelas tuisyen jika mahu bimbingan dan tunjuk ajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge