Salam sejahtera buat semua.
Sebaik sahaja siaran rasmi tarikh pengumuman keputusan STPM 2011 dan dalam proses penantian tarikh pengumuman keputusan SPM 2011, pendaftaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan SPM Ulangan (SPMU) bagi tahun 2012 kini telah dibuka bermula 1 Mac yang lalu, seperti kebiasaan dua tahun kebelakangan.
Pendaftaran SPM dan SPMU Tahun 2012
Borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing. Manakala bagi calon persendirian pula, borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.
Syarat Kelayakan mendaftar SPM 2012
Calon Sekolah
- Murid tingkatan lima Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/ Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Negeri/ Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan
- Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
Calon Persendirian
- Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau
- Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau
- Telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
- Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.
Syarat Kelayakan mendaftar SPMU 2012
- Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE.
Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2012 adalah pada 31 Mac 2012. Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima. Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2012 hendaklah dirujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan. Sila rujuk juga laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tambahan.
beliamuda: Sila rujuk di sini untuk tarikh peperiksaan SPM dan SPMU 2012.
hai, saya ingin mengabil ulangan untuk spm hanya 1 subject.sekarang tarikh telah ditutup, ada rayuan untuk mendaftar untuk ini? saya menduduki spmpada tahun 2005.
@magdalen, Tiada rayuan untuk mendaftar. Sekian, terima kasih.
hi..saya ingin membuat ulangan stpm kertas pengajian am tapi sudah tutup.apa yang perlu saya buat?
nak tahu cmna nak daftar paper july for maths n bila boleh daftar?
salam…boleh saye tanya sesuatu..
saya mendapat 5A dalam peperiksaan spm baru2 ini..tapi english saye D..bolehkah saya menyambung pelajaran ke universiti?? tq:)
@boy, Wasalam. Semuanya bergantung kepada syarat kemasukan universiti tersebut.
saya nak tanya, saya ada kawan dia tak pena bsekolah,ada kah dia boleh ambil spm prsendirian??
@ida said, Mohon rujuk terus kepada JPN.
sy spm 2009..boleh x kalau sy nk repeat paper BI.tp sy x daftar lg untuk ulangan.._justworriedaboutfuture_
QaQa_92´s last blog about ..Cover Novel Sunan Musafir
@QaQa_92, Boleh, tapi kena tunggu tahun depan la sebab untuk tahun ni dah ditutup permohonan.
salam, blh tak? bg andaian n soalan kertas BM SPM ulangan tahun 2012. tlong saya. silakan emel saya. akuweil37@gmail.com.
TQ!!
@akuweil37, Wasalam. Tak boleh. Sori.
AS-salam beliamuda dan cikgu naza..sy nk tnye.. thn lps sy mduduki SPMU.. lisan BM sy lulus dan thn ni sy nk amek paper BM lg sbb result kurg memuaskn.. persoalan sy,perlukah sy amek lisan BM lg utk thn nie??
Rashid´s last blog about ..Jadual Waktu Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012
@Rashid, Wasalam. Rasanya memang kena amik sekali. Tapi lebih baik merujuk dengan pihak PPD/JPN.
Boleh ke kalo saya nk ambil peperiksaan spm?
Saya x kesampaian waktu dulu..
Disebabkan ada hal keluarga..
Tapi saya teringin nk ambil spm..
Tapi apa subjet yg saya kene ambil?
@megat, Ya boleh iaitu sebagai calon persendirian. Tapi tempoh pendaftaran untuk sesi tahun ni dah berlalu. Buat masa ini, anda boleh merujuk dengan pihak PPD/JPN untuk sebarang pertanyaan.
saya umur 29 ingin ambil spm semula mcm mana caranya
@saiful, Mohon ke PPD/JPN untuk pertanyaan lebih lanjut.