Tarikh Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2011

Salam sejahtera buat semua.

Logo STPM 2011

Perhatian kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2011, keputusan STPM 2011 akan diumumkan pada 7 Mac 2012 ini. Keputusan STPM yang diumumkan pada tahun ini akan lewat berbanding tahun sebelumnya (STPM 2009 pada 25 Februari 2010 dan STPM 2010 pada 21 Februari 2011).

Keputusan STAM 2011 pula telah diumumkan lebih awal iaitu pada 26 Januari 2012 yang lalu, manakala tarikh pengumuman keputusan SPM 2011 dijangka pada minggu ketiga bulan Mac.

Semakan Keputusan STPM 2011

Para calon yang menduduki peperiksaan STPM boleh mendapatkan keputusan mereka seperti berikut:

  1. Di sekolah masing-masing mulai pukul 12.00 tengahari pada hari tersebut.
  2. Secara pos bagi calon persendirian.
  3. Secara SMS dengan menaip STPM RESULT <jarak> No. MyKad dan hantar ke 15888.
  4. Semakan keputusan STPM secara online di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia mulai pukul 12.00 tengahari hari tersebut.

Semakan Keputusan STPM 2011 secara SMS

Pertanyaan

  • Sebarang pertanyaan berkenaan dengan keputusan STPM 2011 ini boleh dikemukakan kepada sekolah masing-masing atau Majlis Peperiksaan Malaysia di talian telefon 03 6136 9663, faks 03 6136 1488 atau e-mel ppa@mpm.edu.my

beliamuda: Semoga berjaya buat semua lepasan STPM 2011.

4 thoughts on “Tarikh Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2011

  1. Pingback: Pendaftaran Peperiksaan SPM dan SPMU 2012 Kini Dibuka | beliamuda {dot} com

  2. Pingback: Debaran Pelajar Lepasan SPM 2011 Menanti Semakan Keputusan | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge