Pendaftaran Peperiksaan SPM dan SPMU 2012 Kini Dibuka

Salam sejahtera buat semua.

Sebaik sahaja siaran rasmi tarikh pengumuman keputusan STPM 2011 dan dalam proses penantian tarikh pengumuman keputusan SPM 2011, pendaftaran bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan SPM Ulangan (SPMU) bagi tahun 2012 kini telah dibuka bermula 1 Mac yang lalu, seperti kebiasaan dua tahun kebelakangan.

Pendaftaran SPM dan SPMU Tahun 2012

Borang pendaftaran bagi calon sekolah boleh diperolehi dan dikembalikan di sekolah masing-masing. Manakala bagi calon persendirian pula, borang pendaftaran boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat.

Syarat Kelayakan mendaftar SPM 2012

Calon Sekolah

  1. Murid tingkatan lima Sekolah Kerajaan/ Sekolah Bantuan Kerajaan/ Sekolah Agama Bantuan Kerajaan/ Sekolah di bawah agensi Kerajaan selain Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Negeri/ Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia/ Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan
  2. Telah mencapai umur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.

Calon Persendirian

  1. Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE, atau
  2. Telah menduduki PMR sekurang-kurangnya satu tahun sebelum mendaftar untuk menduduki Peperiksaan SPM, atau
  3. Telah mencapai umur 17 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan SPM.
  4. Calon yang pertama kali menduduki peperiksaan SPM dan ingin mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu sahaja hendaklah mendapat kebenaran khas bertulis daripada Pengarah Peperiksaan.

Syarat Kelayakan mendaftar SPMU 2012

  1. Pernah menduduki peperiksaan SPM/SPM(V)/SPVM/MCE.

Tarikh tutup pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2012 adalah pada 31 Mac 2012. Pendaftaran yang lewat tidak akan diterima. Semua pertanyaan tentang pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU 2012 hendaklah dirujuk kepada Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri tempat calon mengambil peperiksaan. Sila rujuk juga laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk mendapatkan maklumat tambahan.

beliamuda: Sila rujuk di sini untuk tarikh peperiksaan SPM dan SPMU 2012.

109 thoughts on “Pendaftaran Peperiksaan SPM dan SPMU 2012 Kini Dibuka

  1. Pingback: Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2010 Kini Dibuka | beliamuda {dot} com

  2. Pingback: Pendaftaran SPM, SPMU dan STAM 2011 Kini Dibuka | beliamuda {dot} com

  3. Hi, Saya Jeg, tahun ni nak ambil SPMU(matematik) dan SPM Calon persendirian(BI & EST), dan masalahnya adakah pendaftaran tersebut memerlukan sijil original SPM ataupun adakah kita boleh menggunakan sijil yang berupa slip yang diberi semasa March?kerana saya belum lagi ambil sijil original SPM tersebut dari sekolah saya dahulu memandangkan sudah 4 tahun meninggalkan bangku sekolah dan sekolah tersebut agak jauh dari tempat kediaman saya sekarang…by the way saya SPM 2088….thank you….

    • Pelajar2 yang hendak ambil kertas SPM Ulangan 2012- MAT dan/atau BM adalah dinasihati daftar juga untuk kertas November 2012 sebagai “standby strategy” sekiranya keputusan Spm Ulangan JUN/JULAI tadi kurang memuaskan. Keputusan SPM Ulangan atau SPM-U biasanya akan keluar pada bulan September/Oktober setiap tahun.

      Bagi Calon yang perlukan bimbingan/coaching untuk BM/Math seeloknya dapatkan pusat2 tuisyen yang menawarkan kumpulan khas. Maknanya kelas tersebut terdiri daripada pelajar2 yang akan mengambil SPM-U sahaja agar tumpuan adalah ditahap maksimum.

      Kepada calon2 di Lembah Klang atau berdekatan dengan Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Klang, Setapak KL anda boleh la mendaftar untuk kelas “coaching” atau bimbingan khas di Pusat Tuisyen Kesuma(terhad kepada purata 25 orang/kelas – kami buka 2 kelas shj), No. 23& 23A, Jln 6/23E, Tmn Danau Kota, Off Jln Genting Klang, Setapak 53300 KL. Sila hubungi 03-40221232 atau sms 012-2385662(Cikgu Naza).

      Kami sedia membantu anda dgn pengalaman yg kami ada. Kami telah beroperasi selama 16 tahun di pasaran. Kami juga adalah Pusat Tuisyen Bertauliah (JPWP 388) daripada Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, KL (JPWP-KL)

      • @cikgu naza,
        assalamualaikum cikgu naza.. saya ada seorang adik baru tamat spm 2011.. so saya ingin memasuki dia untuk menajlankan ujian spm ulangan supya dpt membantu risalt yang lemah.. boleh saya tahu bagaimana untuk saya mendaftarkn adik sya ke kelas tusyen yang cikgu iklankan.. kalo boleh saya ingin adik saya mengambil ujian peperiksan spm ulangan bagi sabjet yang penting seperti B.Malaysia, Mathematic, Saince dan B.Inglish.. sekiranya cikgu boleh membantu saya, sila hubungi saya isma 0145334080/0192092973.. saya amat memerlukannya… terima kasih..

      • @cikgu naza, salam cikgu , boleh cikgu terangkan lebih lanjut tentang penerangan cikgu ni . harap cikgu dpt membantu

        ” Pelajar2 yang hendak ambil kertas SPM Ulangan 2012- MAT dan/atau BM adalah dinasihati daftar juga untuk kertas November 2012 sebagai “standby strategy” sekiranya keputusan Spm Ulangan JUN/JULAI tadi kurang memuaskan. Keputusan SPM Ulangan atau SPM-U biasanya akan keluar pada bulan September/Oktober setiap tahun. ”

        Maksud cikgu sy ambil paper BM pada julai jika result sy kurang memuaskan boleh ambil lagi pada November pula ?

  4. ai saya hafiz..saya ingin bertanya,boleh kah saya mendaftar paper julai 2012 bagi subjek math…saya spm tahun 2008..mendapat gred 7d dalam spm 2008…saya ingin mendapatkan kredit bagi subjek math..subjek lain saya tiada masalah..cuma subjek math yang kurang elok bagi saya…masih sempat kah saya jika ingin mendaftar….tolong bantu saya….(^^)

    • @hafiz comel, Insyallah boleh tapi macam saya bagi tahu di atas kita perlu mendapat bimbingan daripada guru berpengalaman dan kalau boleh kumpulan kita terdiri daripada kawan2 SPMU juga. Mudah untuk kuasai ilmu tersebut tapii… perlu diingat sepengalaman saya hendak mendapat Kredit dalam subjek MAT lebih remit berbanding dgn BM. Sebab MAT memerlukan pelajar buat latih tubi yg banyak sehingga sesuatu soalan atau bab itu boleh dikuasai.

      Bagi sesiapa berminat untuk “coaching”/bimbingan sila call 03-40221232 atau sms 012-2385662 . Sila layari http://www.ptkesuma.blogspot.com

      DIHARAP INFO YANG SAYA BERI DI ATAS DAPAT MEMBANTU BAKAL2 SPM-U 2011. SAYA DOAKAN SEMUA PELAJAR BERJAYA DENGAN CEMERLANG. AMINNN .

      • @cikgu naza, boleh minta pendapat x..?macam result saya spm..sume kredit..hanya math yang x kredit…Dapat 7D…boleh x agak nya saya memohon sambung belajar di poli atau IPTA…?saya minat bidang nurSing sebenarnya…jika x dapat belajar ambil dip nursing dapat belajar dip kulinari pon ok juga..tapi agak2 cikgu mohon dip nursing di SPA boleh x Dgn result saya..saya aliran sastera..boleh minta x pendapat cikgu naza…?tolong bantu saya…:(

        • @hafiz comel, Biasanya kalau nak amik Diploma Nursing memerlukan Mat & Sains kredit di IPTA /IPTS. Walau bagaimanapun bole recconfirm dengan pergi ke Ekspo Pendidikan utk tanya sebab disitu semua IPTA/IPTS bole explain dan boleh bgai borang dan token free lagi. Selamat Mencuba. wassallam

        • @aliff, Ada,tapii hanya pada bulan NOv sahaja. Paper/Kertas Jun hanya utk subjek BM & Mat. Pendaftaran dah ditutup pda Jumaat 30 Mac 2012. Tapiii kalu anda berminat utk memohon juga saya cadangkan pergi ke JPN (Jabatan Pelajaran Negeri) utk “Rayuan Memohon Mengulang SPM Jun/Nov. Biasanya mereka ada bagi tempoh seminggu lagi. Pemohon perlu beralasan kenapa lewat memohon. SELAMAT MENCUBA.
          cikgunaza´s last blog about ..Maths ClinicsMy Profile

  5. salam..nk tau cmne nk amik math julai???
    sy nk amik tp xder info lgsg…bile lah amik n ktne nk exam 2??
    btw sy dk kt kelantan n spm 2011.tolg yek!!!

  6. salam .. saya nak ambik spm calon persendirian untuk BM,MATH,BI dan SAINS .. macam mana pembayaran nya ?

    • @mina, UTK bayaran sila rujuk “http://www.moe.gov.my/jpwpkl/index.php?option=com_content&view=article&id=235&Itemid=243&lang=ms” anda boleh muaturun. Semua borang2 dan syarat2 ada di situ. Saya ambil daripada JPWP-KL website.
      cikgunaza´s last blog about ..Maths ClinicsMy Profile

    • @aliff, Ada,tapii hanya pada bulan NOv sahaja. Paper/Kertas Jun hanya utk subjek BM & Mat. Pendaftaran dah ditutup pda Jumaat 30 Mac 2012. Tapiii kalu anda berminat utk memohon juga saya cadangkan pergi ke JPN (Jabatan Pelajaran Negeri) utk “Rayuan Memohon Mengulang SPM Jun/Nov. Biasanya mereka ada bagi tempoh seminggu lagi. Pemohon perlu beralasan kenapa lewat memohon. SELAMAT MENCUBA.
      cikgunaza´s last blog about ..Maths ClinicsMy Profile

    • @haizien,
      D adalah LULUS atas yg mana itu lebih baik daripada E= LULUS bawah. Kredit/Kepujian = B+/B/C+/C sahaja. Namun begitu kalau kita hanya ada 3 kredit, kita boleh memohon kursus2 di Institut2 kemahiran atau Politeknik atau Kolej Komuniti.

      UTK bayaran sila rujuk “http://www.moe.gov.my/jpwpkl/index.php?option=com_content&view=article&id=235&Itemid=243&lang=ms” anda boleh muaturun. Semua borang2 dan syarat2 ada di situ. Saya ambil daripada JPWP-KL website.
      cikgunaza´s last blog about ..Maths ClinicsMy Profile

  7. Pendaftaran dah ditutup pda Jumaat 30 Mac 2012.

    Tapiii kalu anda berminat utk memohon juga saya cadangkan pergi ke JPN (Jabatan Pelajaran Negeri) utk “Rayuan Memohon Mengulang SPM Jun/Nov”. Biasanya mereka ada bagi tempoh seminggu lagi. Pemohon perlu beri beralasan kenapa lewat memohon.

    Tips ini pernah saya berikan kepada pelajar2 SPMU yg lepas. “So far” berkesan.>>>SELAMAT MENCUBA.

    Kelas Tuisyen Khas Intensif SPMU JUN (BM/Mat) di Pusat Tuisyen Kesuma, 23, Jln 6/23E, Tmn Danau Kota, Off Jln Genting Klang, Setapak 53300 KL akan bermula April 2012. Utk maklumat lanjut sila hubungi saya segera “1ST COME 1ST SERVE – 16 seats left”.

    Kepakaran kami ialah membimbing pelajar yang LEMAH menjadi pelajar yang BERJAYA dan disegani rakan sebaya atau masyarakat.Semoga usaha kami ini mendapat sokong anda semua dan ADMIN. Sekian terima kasih
    cikgunaza´s last blog about ..PUSAT TUISYEN KESUMA (JPWP 388)My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge