Snippet: Week 9 Semester September 2011

Salam sejahtera buat semua.

Week 9 September 2011

Week 9 bagi semester September 2011 baru sahaja berlalu. Kini kita berada di hujung minggu sebelum bermulanya Week 10, menandakan tempoh waktu sesi pengajian semester terakhir saya bakal berakhir tidak lama lagi. Sedikit sebanyak, mari kita sama-sama mengimbas semula Week 9.

1. Sudah menjadi keutamaan untuk setiap minggu ialah untuk melakukan sebanyak yang mungkin gerak kerja bagi Projek Tahun Akhir (FYP). Aktiviti utama pada minggu ini ialah untuk menguji sampel larutan zink yang telah melalui proses serapan (baca: adsorption) menggunakan Atomic Adsorption Spectroscopy (AAS).

2. Ada dapat bacaan yang realistik, namun ada juga dapat bacaan yang tak masuk di akal. Belum sempat lagi untuk dibincangkan lebih lanjut dengan supervisor atas kesibukan kami berdua.

3. Kemungkinan ujian ulangan akan dilakukan pada minggu hadapan bagi membuat pengesahan data.

4. Satu lagi aktiviti yang berkaitan dengan FYP ialah menguji sampel bahan utama projek FYP iaitu sekam padi berbagai peringkat bagi analisa CHNS (Carbon, Hidrogen, Nitrogen dan Sulfur).

5. Pada hari Khamis, Test 1 bagi subjek Operation Management (OM) telah diadakan. Persiapan yang dilakukan telah memudahkan proses menjawab. Alhamdulillah.

CPL Nov 2011

6. Sebelah malam pada Khamis itu juga, telah diadakan CPL Nov 2011. Saya tidak turut serta bermain. Sekadar membantu rumet saya menyediakan air minuman buat rakan-rakan lain yang bermain dan berkeliaran dengan Alpha di Sport Planet Menglembu.

7. Perlawanan tamat sekitar pukul 2 pagi dan masing-masing bergerak pulang ke UTP. Ada yang singgah di mapley terlebih dahulu termasuk saya. Hampir pukul 4 pagi baru kami tiba di UTP.

8. Sebaik sampai, saya terus sahaja tidur kerana pada pagi Jumaat saya ada temujanji dengan Pusat Servis Perodua Ipoh 2 (Jalan Lahat) bagi membuat pemeriksaan keatas Perodua Viva.

9. Pukul 8 pagi lagi dah gerak bersama-sama dengan Shamsul. Sarapan dahulu sebelum gerak ke sana dan sempat sampai sebelum waktu temujanji pada pukul 9:10 pagi.

10. Semua urusan di pusat servis selesai pada pukul 11:30 dan terusk gerak pulang ke UTP. Kami makan tengah hari terlebih dahulu di Medan Selera Seri Iskandar sebelum ke Masjid An-Nur untuk menunaikan solat Jumaat.

11. Balik daripada solat, saya terus berkemas dan bersiap-siap untuk bergerak pulang ke Kelantan. Sekitar pukul 3 petang, tiga buah kereta bertolak ke Kelantan. Nasib baik ada dua lagi rakan lain yang menjadi teman iaitu Nik Akmal dan Muhammad.

12. Saya selamat sampai di rumah apabila jam sudah menghampiri pukul 12 tengah malam. Tanpa berlengah panjang, katil menjadi sasaran untuk merehatkan tubuh yang sangat kepenatan.

13. Kini, saya berada di rumah dan menanti berakhirnya tahun 1432 Hijrah dan  bermulanya tahun baru 1433 Hijrah. Jangan dilupa untuk membaca doa akhir tahun 1432 Hijrah dan awal tahun 1433 Hijrah.

beliamuda: Kepulangan ke kampung halaman adalah bagi menyelesaikan beberapa isu berbangkit…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge